Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Pernah Alami Depresi, Saiful Apek Ulas Kejadian Yang Menimpa Rakan Baiknya Lan Pet Pet

by Zaidin Albert
May 6, 2021
Share on Facebook

Bukan pertama kali, pelawak veteran Lan Pet Pet sekali lagi menjadi kecaman netizen kerana tindakannya memukul seorang penghantar makanan seperti rakaman video yang tular, baru-baru ini.

Tidak dapat dipastikan apakah yang menyebabkan bekas kumpulan Senario ini sering dikaitkan dengan kes gaduh atau pukul di tempat awam. Popular ketika di era 90an,  Lan memang dikenali sebagai seorang yang ceria.

Kalau anda masih ingat, dahulu dia selalu menghiburkan kita dengan bakat bermain trumpet menggunakan jari. Lawak jenakanya memang tak kering gusi.

Baru-baru ini, BH Online telah mendekati rakan baiknya, Saiful Apek untuk bertanya mengenai isu ini. Saiful Apek  yang juga salah seorang anggota kumpulan Senario menganggap Lan seperti keluarganya sendiri mendedahkan sikap sebenar Lan.

“Lan bukan baran… Saya percaya ada sesuatu yang dilontarkan kepadanya hingga menyebabkan dia luar kawalan.

Tambahnya lagi, dia juga pernah mengalami depresi tetapi berjaya mengawal perasaan tersebut.

Ramai daripada kita mengalami tekanan. Saya juga tidak menafikan mengalami depresi tetapi tidaklah sehingga bersikap agresif.

“Saya masih mampu mengawal perasaan. Ada pelbagai tindakan individu yang mengalami depresi. Ada yang hilang kawalan hingga memukul diri sendiri,” katanya.

Namun dalam situasi sukar yang dialami Lan buat masa ini,  Saiful Apek belum bersedia untuk menghubunginya.

“Biarlah dia ‘sejuk’, lagipun kami sudah saling mengenali. Hubungan kami sudah seperti adik-beradik, bukan sebab hendak menyebelahi dia tetapi itu fitrah manusia”- katanya kepada BH Online.

Menerusi video berkenaan, Lan dilihat merangkul dan memukul kepala lelaki berkenaan, tetapi cuba ditenangkan beberapa tiga lelaki lain. Di hujung video, Lan juga melemparkan kata-kata berbaur amaran kepada lelaki itu.

Saiful Apek Akui Ditahan Polis, Dedah Isu Pergaduhan Sebagai Punca
YouTube video

Katanya kepada Harian Metro, pergaduhan itu berpunca selepas dia Menegur seorang lelaki yang menggunakan telefon bimbit ketika menunggang motosikal yang mendatangkan bahaya kepada orang ramai.

Lan sudah membuat laporan polis berhubung insiden pergaduhan berkenaan. Dia juga membuat laporan polis terhadap seorang wanita dalam kereta dipercayai merakamkan dan menyebarkan video ini.

lan pet petsaiful apek
https://lomp.at/17wcv
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

“Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

by Naddy Joe
February 25, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui bukan mudah untuk menyelenggara rumah agam 28 bilik miliknya di Petaling Jaya....

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Spotlight

Luahan Sayu Kamal Adli Tak Bangun Sahur Undang Sebak- “Parah Rupanya…”

by Phic ARMAN
February 19, 2026

Luahan hati pelakon popular, Kamal Adli, di laman Threads nyata mengundang perhatian ramai apabila dia dilihat begitu jujur berkongsi rasa...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Perkongsian isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momennya yang...

Read moreDetails
Lokal

Alicia Amin Pertahan Meerqeen Yang Dikecam Makin Berisi?

by Naddy Joe
February 19, 2026

Aktres dan model, Alicia Amin meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal perubahan fizikal aktor kacak, Meerqeen yang...

Read moreDetails
Foto - @abbyabadi_112 (IG)
Lokal

Netizen ‘Geram’ Marissa Tak Ambil Iktibar Dari Perkahwinan Ibu, Ini Respons Abby Abadi

by Nurul A.
March 31, 2026

Nama pelakon Abby Abadi tidak lekang daripada mulut warganet selepas meluahkan perasaan di platform Threads semalam. Menerusi komennya yang ditinggalkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara