Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Isu Kanak-Kanak Hisap Vape, Siti Sarah Kongsi Pandangan Bersama Peminat

Rata-rata peminat Sarah bersetuju dengan pandangannya dalam mendidik anak-anak.

by Khai Azfar
May 6, 2021
Share on Facebook

Penyanyi Siti Sarah menerusi laman IGTV berkongsi pandangan bersama peminatnya mengenai isu yang tular baru-baru ini melibatkan seorang kanak-kanak menghisap vape selepas diberikan oleh ibu bapanya.

Sarah Kongsi Pandangan Sebagai Ibu

Menurut Sarah, sebagai seorang ibu dia jelas memahami situasi berkenaan dan mengambil kesempatan itu untuk menasihati ibu bapa diluar sana menjadi contoh yang terbaik dan mendidik anak-anak. Jelas Sarah, biarpun menyayangi anak-anak namun ibu bapa tidak seharusnya mengikut ‘telunjuk’ dan menuruti permintaan mereka sepenuhnhya kerana khuatir kelak anak-anak tersebut akan menjadi sebaliknya.

“Bagi saya sebagai ibu dan ayah kita kena ada ilmu macam mana kita nak kawal anak-anak yang mengamuk, dekat pusat membeli belah dan macam mana nak bagi anak-anak mendengar kata-kata kita”

“Mungkin kita boleh gunakan teknik ‘time-out’. Bagi saya yang penting adalah ibu bapa kena ada tanggungjawab mendidik anak-anak. Benda yang tak boleh, maksudnya memang tak boleh walaupun ia adalah simple(ringkas). Sebagai contoh, kita cakap tak boleh tengok TV, maksudnya kita kena bertegas memang tak boleh. Kita tak boleh biarkan anak itu kawal kita sebab kita adalah ibu bapa”

“Bila kita jadi ibu bapa tanggungjawab kita adalah sangat besar dan kita tak nak bila mereka dah terbiasa untuk melanggar peraturan, mereka akan bermula dengan situasi kecil dan kita tidak boleh mengawal mereka. Nanti mereka akan fikir ‘aku boleh langgar, dekat mak dan ayah aku, aku boleh langgar. I’m the king, saya boleh dapat apa yang saya nak’. Kalau cakap ibu tak nak belikan dia mainan, dia akan buat perangai dekat pusat membeli-belah. Itu semua ada ‘trick’ . Kita tak nak dengar bila dah besar nanti dia hisap benda terlarang atau langgar undang-undang negara pula” kongsi Sarah

View this post on Instagram

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Titip Doa Buat Ibu-Bapa Kanak-Kanak Tersebut

Dalam pada itu, Sarah turut meminta peminat yang menonton video aksi kanak-kanak tersebut mendoakan ibu bapanya dipermudahkan urusan mereka.

” Siapa yang melihat video itu, kita sama-sama mendoakan moga Allah permudahkan urusan mereka dan doakan Allah lembutkan hati anak-anak kita untuk jadi anak yang soleh dan solehah, Insyallah” katanya lagi

Rata-rata peminat yang menonton perkongsian Sarah bersetuju dengan pandangannya dalam mendidik anak-anak. Malah ada diantara mereka meminta pelantun Manis itu membuat kelas secara atas talian mengenai pelbagai perkongsiannya.

Terdahulu,satu rakaman video memaparkan tindakan seorang wanita memaksa seorang kanak-kanak dipercayai anaknya sendiri menghisap vape tular sehingga menerima kecaman daripada netizen. Klip video berdurasi 12 saat itu menunjukkan kanak-kanak itu yang sedang menonton video animasi kanak-kanak di telefon bimbit diberi vape untuk dihisap sebanyak dua kali.Jelas reaksi kanak-kanak berkenaan tidak selesa selepas dipaksa menghisap vape.

[VIDEO] Shuib Kelu Apabila Mendapat Soalan 'Tajam' Oleh Matin-"Kenapa Sekarang..."
siti sarahVape
https://lomp.at/aa9nj
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara