Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Neelofa & PU Riz Didakwa Beli Karpet Berjumlah RM10 Ribu Di Nilai?

by Khai Azfar
May 6, 2021
Share on Facebook

Isu rentas negeri kali kedua dan pembelian karpet di Nilai 3, Negeri Sembilan oleh pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz masih hangat diperkatakan.

Pekerja Karpet Turut Dipanggil Pihak Polis

Susulan Neelofa dan PU Riz telah dipanggil pihak polis daerah Nilai untuk memberi keterangan susulan dakwaan rentas negeri, terbaru salah seorang pekerja syarikat karpet berkenaan yang melayani pasangan selebriti itu akui tidak mengenali Neelofa dan PU Riz.

Memetik laporan Harian Metro, pekerja itu hanya mengambil gambar dan melayani pasangan selebriti itu seperti pelanggannya yang lain dan turut memberi kerjasama kepada pihak polis dalam memberi keterangan.

“Saya tak kenal pun Neelofa, memang biasanya saya ambil gambar pelanggan dan memuat naik di media sosial, perkara sama saya lakukan pada Neelofa dan suaminya, tak sangka dia selebriti terkenal.

Saya hanya tahu Neelofa selebriti terkenal selepas gambar mereka berbelanja di kedai ini tular di media sosial. Saya layan mereka macam pelanggan biasa dan merakam gambar selepas membeli permaidani di sini” jelas pekerja itu

Beli Karpet RM10,000?

Dalam pada itu, menerusi laporan Utusan Malaysia pasangan selebriti terkenal itu telah membeli karpet dari Iran Jenis berkualiti tinggi. Difahamkan, harga bagi kesemua karpet yang dibeli mencecah sehingga RM10 ribu.

“Neelofa dengan suami ada datang ke kedai dan membeli beberapa karpet termasuk karpet Iran yang berkualiti tinggi dan karpet jenis lain yang semuanya berharga RM10,000. Harga bagi satu karpet Iran ini sahaja ialah RM3,000 dan Neelofa beli dalam dua atau tiga gulung” lapor akhbar berkenaan

Terdahulu, tular di media sosial mengenai gambar dan video Neelofa bersama suami dipercayai berada di sebuah premis menjual karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai Negeri Sembilan baru-baru ini sehingga dikecam hebat oleh netizen.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
neelofaNeelofa Beli KarpetNeelofa PU Riz rentas negeri
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  2. 2

    Nourul Beri Pesanan Terbuka Buat Noor Azizah- “Mudah Bercakap Bila Sudah Selamat”

  3. 3

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  4. 4

    [REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu

  5. 5

    Masuk Je Terus Jumpa Kucing! Izawa Dessert Cat Cafe Jadi Tarikan Unik Di George Town, Pulau Pinang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara