Selepas disekat oleh Twitter, bintang Bollywood, Kangana Ranaut merasakan bahawa dia tidak akan bertahan lama di Instagram. Dia turut mendakwa bahawa postingnya yang mengumumkan dia didiangnosis COVID-19 telah dipadam oleh platform itu dan mendakwa ianya telah dilaporkan oleh “kelab peminat Covid”.
Postingnya Dipadam Oleh Instagram
Melalui Insta Stories, Kangana Ranaut menulis bahawa Instagram telah memadam postingnya.
“Instagram telah memadam posting saya di mana saya mengugut untuk menghapuskan Covid kerana ada yang terluka. Saya pernah mendengar mengenai communist sympathizers di Twitter tetapi kelab peminat Covid menakjubkan..Sudah dua hari di Instagram tetapi tidak fikir ia akan bertahan lebih dari seminggu.”-Kangana Ranaut
Disahkan Positif COVID-19
Baru-baru ini, Kangana berkongsi foto dirinya berada dalam posisi yoga dan bercakap mengenai pengalaman mengalami symptom COVID-19. Setelah diuji, laporannya mengesahkan bahawa dia disahkan positif virus tersebut.
“Saya telah menjalani kurantin diri sendiri, saya tidak tahu virus ini sedang mengadakan parti di badan saya, kini saya tahu bahawa saya akan menghapuskannya. Jika anda takut, ia akan menakutkan anda lebih banyak. Mari kita hancurkan Covid-19 ini. Ia tidak lain hanyalah selsema kecil yang mendapat banyak perhatian dan kini menyedihkan beberapa orang. Har Har Mahadev.”- Kangana Ranaut
Please stay safe guys!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.