Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Baju Raya Habis Dijual, Suami Hadiahkan Kereta Mewah Buat Pengasas Farahalya

Menerusi carian Murai.my, harga Mercedes model GLC250 itu berharga sekitar RM 281,594 - RM 349,888

by Khai Azfar
May 11, 2021
Share on Facebook

Siapa sangka, penangan nama klasik dan ciri muslimah yang ditonjolkan dalam rekaan raya Farahalya sejak jualan awal Ramadan membuahkan hasil apabila semua koleksi habis dijual.

Baju ‘Sold Out’

Menurut pengasasnya, Datin Ezan dia bersyukur dengan sambutan yang diterima apatah lagi jenama tersebut baru sahaja setahun jagung dalam pasaran. Lebih mengharukannya, jenama Farahalya turut mendapat permintaan dalam dan luar negara.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan sambutan yang diterima daripada pelanggan Farahalya. Walaupun jenama ini baru sahaja dilancarkan pada April yang lalu, kesemua design habis dibeli. Ini sebenarnya membakar semangat saya untuk terus berbisnes,” kata Ezan

Meskipun jualan mendapat sambutan yang memberangsangkan, namun usahawan ini enggan mendabik dada dan menganggap ia sebagai hasil usahanya selama ini.

“Dulu saya agak skeptikal adakah jenama baru seperti Farahalya mampu diterima baik atau sebaliknya. Saya pula pada waktu itu memberanikan diri menghasilkan beribu helai baju terus kerana yakin rekaan ini disukai oleh generasi muda.

“Akhirnya ‘perjudian’ saya berbaloi apabila ramai yang suka dan membelinya. Kemungkinan besar pada masa akan datang saya mahu menghasilkan lebih banyak rekaan baharu, moden dan mengikut trend terkini,” kongsi pemilik nama sebenar Datin Hamizan Puteh ini lagi.

Difahamkan, antara faktor tarikan rekaan Farahalya adalah kerana rekaannya yang moden, sesuai dengan golongan remaja dan berkualiti. Malah, harganya juga mampu milik dan tidak terlalu mahal.

Suami Buat Kejutan, Hadiahkan Kereta Mewah 

Dalam perkembangan berkaitan, Ezan turut mendedahkan suaminya  membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah berjenama Mercedes kepadanya. Menerusi carian Murai.my, harga Mercedes model GLC250 itu berharga sekitar RM 281,594 – 349,888.

Menganggap ini sebagai pembakar semangat untuknya terus bekerja keras dalam bidang fesyen, Ezan bersyukur kerana suaminya tidak pernah menghalang dirinya untuk meneroka apa sahaja bidang yang diimpikan. Terdahulu, Murai.my turut senaraikan jenama ini sebagai antara koleksi baju raya menarik bagi tahun 2021.

Error happened.
baju FarahalyaDatin Ezan
https://lomp.at/pftef
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara