Aktor Bollywoood, Salman Khan baru-baru ini mendedahkan bahawa adiknya, Arpita dan Alvira telah dijangkiti virus COVID-19. Arpita juga memberi penjelasan mengenai diagnosisnya.
Adik Salman Khan Disahkan Positif COVID-19
Menurut Hindustan Times, sewaktu sidang media untuk filem terbarunya, Radhe, Salman Khan menyatakan bahawa adik beradiknya Arpita Khan Sharma dan Alvira Agnihotri telah dijangkiti virus tersebut. Dia turut mendedahkan bahawa mereka tidak mengalami sebarang gejala dan menyatakan gelombang kedua pandemik itu lebih bahaya.
“Adik beradik saya Alvira dan Arpita telah disahkan positif virus tersebut. Gelombang kedua COVID-19 sangat berbahaya. Sebelum ini, kita biasa mendengar seseorang mendapat virus, tetapi kali ini terdapat kes COVID-19 dalam keluarga kami. Kali terakhir adalah pemandu kami yang menghidap COVID-19, tetapi kali ini telah menjangkiti ramai orang.”-Salman Khan
Adik Salman Khan Tampil Beri Pernyataan
Melalui laman Instagram, adik kepada Salman Khan, Arpita turut mengeluarkan pernyataan yang menjelaskan bahawa dia disahkan positif COVID-19 pada April 2021.
“Saya disahkan positif COVID-19 pada awal bulan April 2021. Walaubagaimanapun, saya tidak mengalami sebarang simptom. Saya mengikuti semua panduan dan protokol, dan bersyukur dengan rahmat Tuhan saya telah pulih sepenuhnya dan sihat sejak itu. Stay Safe. Stay Strong. Stay Positive.”-Arpita Khan Sharma
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.