Saturday, June 21, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

“Allah Beri Peluang Kedua Perbaiki Hidup”-Marcell Kongsi Momen Sembuh Dari Lumpuh

Marcell Siahaan memiliki perjalanan yang panjang dan berliku dalam mencari agama yang sempurna dalam hidupnya

by Naddy Joe
May 17, 2021
47
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi Indonesia, Marcell Siahaan memiliki perjalanan yang panjang dan berliku dalam mencari agama yang sempurna dalam hidupnya. Dia diketahui memeluk agama Katolik, kemudian memeluk agama Buddha sewaktu berkahwin dengan Dewi Lestari, dan akhirnya kini beliau telah memeluk agama Islam.

Suami kepada Rima Melati Adams ini tidak pernah menceritakan bagaimana dia membuat keputusan untuk menjadi mualaf, yang menyebabkan ramai menyangka tahun ini menjadi tahun pertama  puasa dan merayakan lebaran .

Lumpuh Separuh Badan

via Kumparan

Melalui acara Lebaran bersama Kumparan di Youtube, Marcell menyatakan bahawa dia telah menjalani puasa pertamanya sejak tahun 2012. Dan pada tahun pertamanya berpuasa, Marcell melalui ujian dalam hidupnya.

“Di tahun 2012, masa pertama saya berpuasa, beberapa minggu kemudian saya mengalami lumpuh separuh badan.”-Marcell

Diberi Peluang Kedua Perbaiki Hidup

via Kumparan

Ketika dia melalui proses yang panjang dalam hidupnya, membuatkan Marcell seolah tersedar akan kehadiran Tuhan dalam hidupnya. Dia turut merasakan mempunyai peluang kedua untuk memperbaik hidupnya.

“Pada waktu itu saya sudah merasakan,’OK, ini adalah penghujungnya’, dan pembedahan itu juga merupakan naluri Rima sehingga saya dihantarkan ke Singapura dan diuruskan di sana. Selepas pembedahan tersebut berjalan lancar, saya sembuh perlahan-lahan. Saya seperti diberikan peluang oleh Allah untuk mengatakan,’Okay, anda tahu itu, bagaimana rasanya?’ Selepas itu, saya beransur-ansur pulih.”-Marcell

Tidak Pernah Ditinggalkan Rima 

Marcell turut mengakui bahawa Rima tidak pernah meninggalkan dirinya. Isterinya sentiasa berada di sisi Marcell dalam melalui setiap proses kehidupan yang dilaluinya. Dia turut mengakui bahawa sokongan isterinya membuatkan perjalanannya berjalan lancar.

“Saya rasa keberadaan Rima juga akhirnya membuatkan saya, perjalanan saya sebagai Muslim, bukan sahaja perjalanan spiritual dalaman, tetapi juga perjalanan spiritual luaran. Bukan sahaja hubungan saya dengan Yang Maha Kuasa, tetapi juga hubungan saya bersama orang di luar. Konsep dasar keseimbangan antara Hablumminallah dan Hablumminannas itu saya merasakan  ketika bersama Rima dan ianya sangat menyenangkan.” Marcell

YouTube video
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

https://lomp.at/ebes1
Share19Tweet12SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem