Dalam sesebuah keluarga, selain ibu yang sentiasa memainkan peranan yang paling penting, bapa juga menjadi sebahagian daripada orang yang paling dekat dengan kita. Kehadiran dan kasih sayangnya juga sangat bermakna. Perginya Sang Ayah kepada Penciptanya pasti akan menjadi sesuatu yang amat menyedihkan terutama sekali buat anak-anak.
Di sini kami senaraikan antara 9 selebriti Bollywood ini yang meneruskan kehidupan mereka tanpa Sang Ayah disisi mereka lagi. Jom kita tengok!
1. Priyanka Chopra merasa amat sedih apabila ayahnya telah pergi untuk selama-lamanya pada tahun 2013.
2. Ajay Devgan sudah kehilangan bapanya pada 27 Mei 2019. Bapanya juga merupakan seorang artis senior, Veeru Devgan.
3. Begitu juga dengan isterinya, Kajol yang telah kehilangan Sang Ayah selama 13 tahun yang lalu.
4. Seorang lagi bintang Bollywood, Shah Rukh Khan pasti sangat merindui ayahnya yang telah pergi buat selama-lamanya.
5. Melalui akaun instagram, Aisywarya Rai sering memuat naik dan berkongsi potret mendiang ayahnya yang dikasihi, Krishnaraj Rai.
6. Semasa sedang menjalani penggambaran di Kashmir, Hina Khan segera berangkat ke Mumbai selepas mendapat berita tentang ayahnya yang telah meninggal pada 20 April 2021 baru-baru ini.
7. Babil Khan merupakan anak sulung kepada Irrfan Khan yang telah meninggal dunia pada 29 April 2020. Dia yang mengikut jejak langkah ayahnya untuk menjadi seorang pelakon.
8. Ranbir Kapoor yang kehilangan bapanya, Rishi Kapoor pada 30 April 2020. Upacara pengabuan dilakukan semasa India sedang ‘lockdown’.
9. Yash Johar yang telah meninggal dunia sejak tahun 2004. Kini, syarikat penerbitan miliknya, Dharma Productions telah diambil alih dan diuruskan oleh anaknya, Karan Johar.
Kehilangan kedua ibu bapa atau salah satu dari mereka pastinya menjadi sesuatu yang sangat sukar untuk kita hadapi. Oleh itu, tunjukkanlah kasih sayang kepada mereka bagi sesiapa yang masih ada insan yang bergelar ibu dan bapa.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.