Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

10 Lapangan Terbang Yang Terburuk Di Dunia, Sering Lewat dan Fasiliti Yang Sangat Kotor

by Jash Lee
May 22, 2021
Share on Facebook

‘Travelling‘ dengan menaiki kapal terbang adalah sesuatu yang memuaskan kerana dapat menjimatkan masa perjalanan dan tidak memenatkan. Namun, kadangkala kita harus menunggu lebih lama di lapangan terbang. Terutamanya jika pesawat yang akan kita naiki ditangguhkan atau ‘delay‘.

Banyak perkara yang menyebabkan kelewatan jadual penerbangan. Salah satunya adalah disebabkan oleh kemudahan atau fasiliti yang kurang baik. Sudah tentu ini akan menyebabkan jadual perjalanan kita menjadi lebih buruk.

Laporan yang dikeluarkan oleh Forbes, berikut adalah beberapa lapangan terbang yang terburuk di dunia.

1. Lisbon Portela Airport, Portugal. Dianggap sebagai lapangan terbang yang terburuk di dunia. Kakitangan lapangan terbang di sini sangat terkenal dengan sifat yang kasar dan makanan yang dijual dengan harga yang mahal. 

via Ig

2. Kuwait International Airport, Kuwait juga dianggap sebagai lapangan terbang yang terburuk. Lalu lintas ke terminal membuatkan penumpang sering mengeluh.

via teleportia.com

3. Eindhoven Airport, Belanda yang sering mengalami kelewatan tanpa penjelasan. Proses kemasukan sangat panjang yang memburukkan lagi keadaan. 

via archello.com

4. Henri Coanda International Airport, Romania terkenal dengan paparan nama lapangan terbang yang tidak jelas. Kawasan merokok juga sangat menjijikkan. 

via Ig

5. Malta International Airport, Malta dikenali sebagai lapangan terbang yang sering mengalami kelewatan paling banyak. Tidak hairanlah jika ia menduduki kedudukan kelima di dunia. 

via Ig

6. Di Manchester Airport, England ruang menunggu tidak pernah runtuh secara tiba-tiba. Beberapa kereta penumpang dilapporkan telah dipecah masuk. 

via Ig

7. Penumpang sering mengeluh tentang harga makanan di Paris Orly Airport, Perancis yang sangat mahal. Kakitangan di situ juga tidak memberi layanan yang baik. 

via Ig

8. Porto Airport, Portugal sangat dikenali dengan tandas yang sangat kotor dan kerap kali tidak berfungsi dengan baik. Bukan itu sahaja, lapangan terbang ini juga terkenal dengan tahap kelewatan yang sangat tinggi berlaku. 

via Ig

9. Harga barangan yang dijual di Billy Bishop Toronto City Airport, Kanada ini jauh lebih tinggi berbanding lapangan terbang yang lain. Perkhidmatan kakitangan di sini juga sangat teruk. 

via Ig

10. London Gatwick Airport, England ini adalah termasuk antara lapangan terbang yang terburuk kerana tahap kelewatannya yang sering berlaku. Kemudahan yang terdapat di sana juga tidak kurang buruknya. 

via Ig

Jadi, dari 10 lapangan terbang terburuk di dunia yang kami senaraikan diatas, dimanakah yang anda pernah menjejakkan kaki di sana? Bagaimana pengalaman anda sendiri? Semoga kita semua tidak mengalami kejadian buruk seperti yang berlaku dalam senarai di atas.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
lapanganterbangterburuk
https://lomp.at/m3x86
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

  5. 5

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara