Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Gara-Gara Komen Mengenai Isu SOP Neelofa, Mawar Rashid Pula Dikecam Netizen

Menurut Mawar,dia akui komennya itu tidak dijelaskan dengan tepat

by Khai Azfar
May 21, 2021
26
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Mawar Rashid menjadi ‘sasaran’ terbaharu netizen untuk menjadi mangsa kecaman gara-gara komennya mengenai isu Neelofa melanggar SOP PKPB baru-baru ini.

Komen Mawar Disalah Erti

Terdahulu, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid,26 telah bertanyakan kepada orang ramai bagaimana mereka mengetahui lokasi kedai permaidani yang dikunjungi oleh Neelofa dan suami,PU Riz terletak di Nilai 3, Negeri Sembilan.

Selepas dijelaskan oleh seorang netizen, Mawar turut berharap agar ia dapat diselesaikan dengan baik selain berasa kasihan sekiranya Neelofa dipenjarakan berikutan dia banyak menyatakan sokongan dan berjuang terhadap pembebasan Palestin.

Bagaimanapun, komen tersebut telah disalah erti oleh sesetengah pihak yang menganggap Mawar seperti menyebelahi Neelofa selain turut dikatakan kurang bijak kerana tidak memahami situasi kini.

Mohon Maaf

Tampil menjelaskan lebih lanjut mengenai komennya, isteri kepada Raf Yaakob ini memohon maaf kerana komennnya itu telah menyebabkan salah faham di kalangan netizen.

“Bertenang semua.. ada salah faham ni. And Mawar pun salah tak tulis bebetul dan ayat pun tak penuh sampai buat you all semua marah and serang Mawar. Sorry semua” tulisnya

Menurut Mawar,dia akui komennya itu tidak dijelaskan dengan tepat. Namun begitu, Mawar berkata komennya itu bukanlah ingin menyebelahi Neelofa sepenuhnya kerana dia menghormati keputusan mahkamah.

“Baca balik statement Mawar, “Harap dapat diselesaikan dengan cara yang baik”

Maksud Mawar kat sini, Kalau kena kompaun/denda lagi, memang patut kena bayar. Dan kalau mahkamah dah putuskan kena penjara, Mawar respect keputusan mahkamah

Cuma bila bercakap pasal “penjara”, bunyi tu menakutkan. Mawar pun turut rasa takut lah. Sebab Mawar ni sejenis cepat kesian kat orang” jelasnya lagi

Via Instagram Mawar Rashid

Tambah Mawar, dia meluahkan rasa kasihan kepada Neelofa kerana dia merupakan seorang yang mudah menzahirkan rasa simpati kepada orang lain.

Neelofa Luang Masa Baca Al-Quran 4 Jam Sehari Sepanjang Ramadan, Sahur Dengan Kurma Sahaja
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
mawar rashidneelofa
https://lomp.at/75wyf
Share10Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem