Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home FAKTA

Perli Pakaian Iban Seperti Kain Buruk, Ryzal & Maryam ‘Durian Kimchi’ Mohon Maaf

Maryam turut mengalirkan air mata sebak kerana kesal dengan apa yang terjadi.

by Khai Azfar
May 27, 2021
161
KONGSIAN
Share on Facebook

Gara-gara bergurau mengenai pakaian etnik Iban, pasangan selebriti media sosial yang terkenal dengan jolokan ‘Durian Kimchi’ Ryzal Ibrahim dan Maryam teruk dikecam di media sosial.

Samakan Dengan Kain Buruk 

Ia berikutan Ryzal telah menganggap pakaian Iban yang dipakai oleh isterinya tidak cantik selain menyamakannya seperti kain buruk dan alas meja sekaligus mencetuskan kemarahan orang ramai khususnya mereka yang berasal daripada Sarawak.

https://twitter.com/fabian_rossi21/status/1397487001209761796?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1397487001209761796%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fhimpunanceritalawak.com%2F2021%2F05%2F27%2Fryzal-duriankimchi-bergurau-dengan-mariam-komen-tentang-pakaian-iban-undang-kritikan%2F

Menurut mereka, Ryzal seolah-olah tidak menghormati pakaian tradisional etnik itu dan isu tersebut turut mendapat perhatian beberapa selebriti popular seperti Sharnaaz Ahmad, Faye Kushairi, Bob Yusuf dan ramai lagi yang bertindak mengecam tindakan Ryzal berkongsi video berkenaan.

Ryzal Mohon Maaf

Bagaimanapun, tidak lama kemudian Ryzal memadam video serta menjelaskan lebih lanjut mengenai isu tersebut. Jelas Ryzal,niatnya hanya ingin bergurau dengan isterinya namun akui tidak seharusnya menyentuh isu sensitiviti kaum. Susulan itu, dia memohon maaf secara terbuka kepada orang Sarawak khususnya kaum Iban berikutan video yang dimuatnaiknya itu telah mengguris hati mereka.

https://www.instagram.com/p/CPWN0y3pDcw/

Maryam Mengalir Air Mata Sebak

Malah, Maryam turut membuat permohonan maaf secara peribadi kepada semua rakyat Malaysia biarpun rata-rata kecaman ditujukan buat suaminya. Dalam sebuah video yang dimuatnaik di laman Instagram nya, kelihatan Maryam mengalirkan air mata sebak kerana kesal dengan apa yang terjadi.

View this post on Instagram

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr)

Dalam pada itu,rata-rata netizen memberi kata-kata semangat buat Maryam untuk lebih tabah dan tidak perlu memohon maaf seperti sedemikian kerana isu tersebut bukanlah berpunca daripadanya. Namun begitu, mereka mengharapkan agar Ryzal belajar daripada kesilapan dan memberikan contoh yang terbaik buat isterinya yang baru sahaja berhijrah ke Malaysia

Durian kimchiryzal ibrahim baju ibanRyzal Ibrahim Maryam
https://lomp.at/k99sl
Share64Tweet40SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem