Pelakon Bollywood, Priyanka Chopra telah berkongsi rahsia perkahwinan yang baik, dan turut mendedahkan bagaimana dia berjaya merancang “perkahwinan paling epik di dunia”. Priyanka Chopra berkahwin dengan penyanyi Amerika Nick Jonas dalam dua majlis besar yang diadakan pada Disember 2018. Priyanka Chopra dan Nick Jonas berkahwin di Umaid Bhawan Palace, Jodhpur. Mereka mengadakan dua majlis perkahwinan, Hindu dan Kristian, untuk menghormati tradisi masing-masing.
Dedah Rahsia Perkahwinan Yang Baik
Menurut Hindustan Times, Priyanka Chopra disoal mengenai apakah rahsia disebalik perkahwinan yang baik. Priyanka kemudian memberitahu bahawa perkahwinannya baru sahaja memasuki usia 2 tahun, jadi dia tidak memberitahu dengan banyak. Priyanka turut berpendapat dengan perbualan adalah rahsia perkahwinannya yang baik.
“Perkahwinan saya baru berusia 2 tahun, jadi saya tidak dapat memberitahu dengan banyak. Menurut saya, dengan perbualan. Dan sebenarnya duduk, dan dapat bercakap, dan meluangkan masa antara satu sama lain. Dan nikmatilah kesemuanya.”-Priyanka Chopra
Rahsia Merancang “Perkahwinan Paling Epik Di Dunia”
Priyanka turut menceritakan mengenai perancangannya ketika merancang “perkahwinan paling epik di dunia”.
“Rahsia di sebalik perkahwinan paling epik di dunia adalah melakukannya dalam masa dua bulan sahaja. Kerana kami tidak sempat memikirkan apa-apa. Jadi pada waktu ia selesai, ianya sempurna, epik.”-Priyanka Chopra
Priyanka Chopra dan Nick Jonas mula berkenalan melalui Twitter dan tidak lama kemudian, mereka mula saling menghantar SMS. Mereka pertama kali bertemu di Vanity Fair Oscar selepas parti pada tahun 2017, dan kembali bertemu di Los Angeles, di mana mereka menonton Beauty and the Beats di Hollywood Bowl.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.