Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Wanita Ini Mohon Pengguna LRT Dari Taman Melati Ke KLCC Buat Ujian Saringan Covid-19

by Phic ARMAN
May 28, 2021
Share on Facebook

Seperti mana yang kita ketahui, RapidKL telah mengurangkan kekerapan LRT, MRT, monorel dan bas kepada setiap 10 hingga 30 minit, iaitu pengurangan sebanyak 50 peratus dari kekerapan asal. Keputusan ini sekaligus menjadi kebimbangan pengguna LRT kerana  berkemungkinan tren akan sesak dan lebih berisiko terdedah dengan jangkitan Covid-19.

Malangnya, sesuatu yang yang diingini telah pun berlaku. Di laman twitter, seorang pengguna LRT dengan akaun bernama @aisyxxi mendedahkan dirinya baru sahaja disahkan positif Covid-19 sebentar tadi.

Namun apa yang mengejutkan, sehari sebelum di sahkan positif, individu ini mengaku menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) ke tempat kerja. Individu ini ke tempat kerja menaiki LRT dari jam 8 pagi hingga 9 pagi dari Taman Melati ke KLCC.

Individu ini memohon kepada sesiapa yang menaikt LRT pada waktu yang disebut untuk membuat ujian saringan Covid-19 dengan segera.

Terdahulu individu ini berkongsi sebuah video menunjukkan kesesakan penumpang dalam LRT semasa ke tempat kerja. Menurutnya kesesakan itu disebabkan RapidKL telah mengurangkan kekerapan LRT.

https://twitter.com/aisyxxi/status/1397715377560326146

Tiada Simptom

Walaupun mendapat kecaman dari netizen yang mendakwa wanita itu tetap keluar rumah walaupun dalam keadaan sihat. Ini penjelasannya.

Netizen Puji Tindakan Individu Ini

Sementara itu, rata-rata netizen memuji tindakan individu ini yang berani tampil memaklumkan hal ini secara terbuka dan lebih awal untuk memudahkan penumpang yang terlibat. Malah ada yang berharap orang ramai tidak menyalah individu ini.

Topik Berkaitan Masalah Teknikal Lagi? Laluan Kelana Jaya Kembali Uji Kesabaran Pengguna Waktu Puncak

Perkongsian dari individu telah mendapat perkongsian lebih dari 3 ribu dan mereka berharap individu ini cepat sembuh. Selain itu pengguna LRT yang terlibat seharusnya  buat ujian saringan dan kuarantin diri dengan segera.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Covid19lrt
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  4. 4

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

  5. 5

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara