Masih kecoh dengan isu posting viral yang berbaur penghinaan kepada Sultan Johor. Tunku Panglima Johor (TPJ), Tunku Abdul Rahman ambil pendekatan positif dan menasihati rakyat Johor untuk memaafkan individu yang diperkatakan.
Tidak Mahu Rakyat Mengapi-apikan Isu
Berikutan posting viral yang tular di media sosial tersebut, TPJ memberi nasihat kepada rakyat agar tidak mengeruhkan lagi situasi dengan mengapi-apikan isu tersebut di media sosial.
‘Ampunkan Sahaja’ – Tunku Abdul Rahman
Menerusi hantaran di Instagram Story Tunku Abdul Rahman, beliau memahami perasaan rakyat Johor yang sayangkan negeri tersebut dan berasa marah terhadap hal yang berlaku baru-baru ini.
Tetapi beliau berharap rakyat Johor dapat memafkan, dan mengambil pendekatan berdiam diri dari membuka aib orang lain.
“Saya faham perasaan anda semua, kami semua sayang negeri kita dan kami semua tahu negeri Johor memang hebat.
Tetapi nasihat saya lantaklah orang nak cakap apa-apa pun, ampunkan sahaja dan janganlah nak api-apikan. InsyaAllah kami akan dapat lebih pahala berdiam diri pada membuka aib orang lain” Ujar Tunku Abdul Rahman”- tulisnya di IG Stories
Beri Amaran Jangan Tag Post Tidak Berfaedah
Dalam masa yang sama Tunku Panglima Johor ini juga memberi amaran kepada netizen agar tidak sewenang-wenangnya, men-tag akaun Instagram beliau dalam posting yang tidak berfaedah seperti isu viral ini kerana merugikan bateri telefon beliau saja.
“Tolong jangan tag saya lagi dengan post-post macam ni, pasal tak ada faedah langsung dalam hidup kami dan merugikan bateri telefon saya saja membaca benda bukan-bukan. Assalamualaikum – TPJ” Kongsi Tunku Abdul Rahman
Betul kata TPJ ni lebih baik diam dari buka aib orang, lagi banyak pahala dapat kan?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.