Sunday, January 29, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

8 Artis Hollywood Ini Pernah Jadi Mangsa Peras Ugut. Ada Yang Mahu Sebarkan Foto Bogel?

by Mas Ayu
June 3, 2021
Foto - Harper's Bazaar/Women's Health

Foto - Harper's Bazaar/Women's Health

40
KONGSIAN
Share on Facebook

Makin berstatus dan popular seseorang itu makin tinggi risiko mereka terdedah dengan bahaya sebenarnya, dan itulah nasib yang banyak menimpa golongan bangsawan, ahli perniagaan hatta para selebriti terkenal dunia juga tidak terlepas dari risiko yang sama.

Antara risiko bahaya yang boleh berlaku adalah menjadi mangsa peras ugut, dan siapa sangka 7 selebriti legenda dunia ini pernah melalui situasi tersebut.

Tom Cruise Dan Katie Holmes

Foto – Harper’s Bazaar

Bekas pasangan merpati sejoli yang berkahwin pada tahun 2006 ini, pernah di peras ugut dengan seorang lelaki yang bernama David Hans Schmidt.

Dipetik dari IDN Times, lelaki tersebut memiliki foto perkahwinan Tom dan Katie yang bersifat peribadi dan memeras ugut pasangan tersebut dengan wang sejumlah $1 juta USD atau lebih kurang RM4.1 juta agar foto tersebut tidak tersebar.

Tom dan Katie kemudian mengambil keputusan membuat laporan polis, supaya Davis di tangkap dan menerima hukuman. Difahamkan ini bukan jenayah pertama yang dilakukannya, sebelum ini Davis pernah menjual beberapa rakaman video seks selebriti lain.

Cameron Diaz

Foto – Women’s Health

Wanita jelita ini juga pernah menjadi mangsa peras ugut, ianya dilakukan oleh seorang jurufoto yang bernama John Rutter dan memeras ugut Cameron dengan sejumlah wang bernilai $5 juta USD atau RM20.6 juta.

Dimaklumkan jurufoto ini memiliki foto bogel Cameron, dan mengugut untuk menyebarkannya jika Cameron tidak membayar wang yang di minta.

Kemudian pihak dari Cameron Diaz, membuat keputusan untuk bawa jurufoto tersebut ke muka pengadilan untuk menerima hukuman yang sepatutnya atas jenayah peras ugut tersebut.

Yoko Ono

Foto – Pop Matters

Balu kepada mendiang John Lennon ini pernah di peras ugut oleh pemandunya sendiri yang bernama Koral Karsan, pemandu tersebut memeras ugut Yoko agar memberinya wang berjumlah $2 juta USD atau RM8.5 juta supaya foto peribadi miliknya tidak tersebar.

Bukan itu saja, lelaki tersebut juga mengugut untuk membunuh Yoko dan anaknya jika wang tersebut tidak di berikan. Tidak mahu hal yang tidak diingini berlaku, Yoko segera melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa.

Bruce Willis

Foto – NME

Pelakon legenda ini juga pernah menjadi mangsa peras ugut dan apa yang mengecewakan dirinya adalah sahabat baik merangkap pembantu peribadinya sendiri yang melakukan hal tersebut.

Sahabat baiknya yang bernama Bruce DiMattia memeras ugut Willis dengan wang sejumlah $100k USD atau RM412k bersama sebuah kereta mewah, jika tidak data peribadi pelakon tersebut akan tersebar meluas.

Willis tidak mengikuti permintaan tersebut sebaliknya membawa hal tersebut ke muka pengadilan, dan kemudian hal tersebut mencapai kata sepakat dan diselesaikan dengan cara baik.

John Stamos

Foto – Page Six

Pelakon kacak ini pernah diperas ugut oleh sepasang lelaki dan wanita yang menyatakan mereka memiliki foto aktor tersebut mengambil dadah, dan memaksa John untuk memberi wang sebanyak $680k atau RM2.8 juta supaya foto tersebut tidak tersebar.

John memilih untuk mengambil tindakan undang-undang dan bawa hal tersebut ke pihak berkuasa, dan berdasarkan siasatan foto tersebut sebenarnya tidak wujud kemudian pasangan lelaki dan wanita tersebut menerima hukuman penjara selama 4 tahun.

Oprah Winfrey

Foto – Forbes

Pengacara dan personaliti rancangan televisyen popular ini juga pernah diperas ugut oleh seorang lelaki yang memiliki rekod perbualan Oprah bersama pegawainya, dan kandungan perbualan tersebut dikatakan boleh memusnahkan reputasi Oprah.

Lelaki tersebut memeras ugut Oprah dengan sejumlah wang bernilai $1.5 juta USD atau RM6.1 juta, dan jika wang tersebut tidak diberikan perbualan tersebut akan tersebar.

Meski diperas ugut, Oprah tidak gentar sebaliknya mengambil tindakan dengan menghubungi pihak berkuasa.

Adrienne Bailon

Foto – Remezcia

Penyanyi berbakat ini juga pernah menjadi mangsa yang serupa, hal ini berlaku apabila laptop peribadi Adrienne hilang di curi. Tidak lama kemudian seorang lelaki muncul dan mengugut akan menyebarkan foto bogel, berserta data peribadi Adrienne jika tidak menyerahkan wang bernilai $1000 USD atau RM4125.

Pihak agensi Adrienne memilih untuk membayar wang tersebut untuk mendapatkan semula laptop Adrienne dan hal tersebut senyap begitu saja.

Memang tak sangka betul kan rata-rata selebriti ini di peras ugut oleh individu yang rapat dengan mereka sendiri, nasib baiklah pemeras ugut tersebut telah mendapat balasan dan hukuman undang-undang.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: adrienne bailonbruce willisCameron Diazjohn stamosOprah WinfreyTom Cruiseyoko ono
Share16Tweet10SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Anugerah Juara Lagu 37 Lebih Meriah Dengan Kehadiran Alha Alfa Cosmetics
Lokal

Anugerah Juara Lagu 37 Lebih Meriah Dengan Kehadiran Alha Alfa Cosmetics

by Aphit J.
January 28, 2023
Festival Cahaya Israk Mikraj Gabung Tokoh & Figura Islam Terkenal Dalam Satu Festival
Lokal

Festival Cahaya Israk Mikraj Gabung Tokoh & Figura Islam Terkenal Dalam Satu Festival

by Aphit J.
January 28, 2023
Pergi Umrah Bersama, Netizen Titip Doa Buat Shikin Dan Chacha Maembong
Selebriti

Pergi Umrah Bersama, Netizen Titip Doa Buat Shikin Dan Chacha Maembong

by Mas Ayu
January 27, 2023
Aliff Syukri Kongsi Tips Membesarkan Kemaluan, Netizen Kritik- ‘Saya Tengok Video Ni Pulak Segan’
Gossip

Aliff Syukri Kongsi Tips Membesarkan Kemaluan, Netizen Kritik- ‘Saya Tengok Video Ni Pulak Segan’

by Naddy Joe
January 27, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Baru Pelakon Transformers, Shia LaBeouf Jadi Bualan Netizen

  2. 2

    “Bukan Kali Pertama Buat Umrah” – Maria Balas Teguran Netizen Isu Pemakaian Stokin Ketika Umrah

  3. 3

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  4. 4

    Tular Foto Peguam Tonton Tayangan Filem Dengan Siti Bainun, Che’ Puan Khaleeda & Iesya Toh Tampil Bersuara!

  5. 5

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan