Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

20 Tahun Tunggu Tam Spider? Siti Nordiana Akui Kini Impian Tercapai

by Soph Azz
June 4, 2021
Foto - Sensasi Selebriti

Foto - Sensasi Selebriti

Share on Facebook

Tampil dengan lagu runut bunyi (OST) Cukup Derita Itu, penyanyi Siti Nordiana mendedahkan dia telah menyalurkan seluruh emosi dan tenaga dalam lagu tersebut.

Siti Nordiana atau mesra disapa Nana berkata lagu OST tersebut merupakan salah satu peluang untuk dirinya kekal relevan dalam kalangan peminat dan juga industri muzik.

Dedah diri bertuah selepas tunggu Tam Spider lebih 20 tahun?

Menyanyikan lagu OST yang mendapat sentuhan komposer Tam Spider dan lirik hasil nukilan Siti Rosmizah, Nana berkongsi lagu ini merupakan peluang yang dinanti-nantikan olehnya.

Foto – Media Hiburan

“Sebenarnya sudah lama saya bercita-cita untuk bekerjasama dengan Tam Spider. Salah satu daripada impian saya sudah pun tertunai akhirnya dapat menyanyi lagu nukilan Tam”, katanya.

Nana yang berkecimpung dalam industri muzik tanah air lebih dari dua dekad berkongsi impiannya tercapai setelah sudah memendam lama rasa untuk bekerjasama dengan Tam Spider.

Foto – SuperPantas.com / KopiPlanet.com

Dipetik dari Malaysia Gazette, Nana juga memberitahu dengan menyanyikan lagu OST ini ia adalah salah satu peluang untuk membuatkan lagu tersebut popular dan diterima oleh pendengar apabila diputarkan hampir setiap hari.

“Saya percaya sentuhannya cukup istimewa seperti mana lagu Farahdhiya, Bertakhta Di Hati yang masih diminati sehingga kini.

Secara jujur saya akui Tam sememangnya seorang komposer yang teliti dan banyak membantu saya mendalami lagu Cukup Derita Itu dengan emosi yang tepat”, ujar kepada Malaysia Gazette.

Foto – Berita Steady

Pada masa yang sama, Nana juga mendedahkan komposer terkenal itu banyak membantu dirinya sepanjang proses rakaman berlangsung untuk menghasilkan OST yang cukup beremosi dan berkesan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Source: Malaysia Gazette
Cukup Derita Itusiti nordianatam spider
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara