Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Ibu Saya Tak Besarkan Saya Jadi Bodoh-Bodoh Sikit Depan Lelaki” – Dr. Amalina Bidas Prof. Muhaya

by Puteri Alia
June 9, 2021
Foto - Instagram @dramalinabakri/@profmuhayaofficial

Foto - Instagram @dramalinabakri/@profmuhayaofficial

Share on Facebook

Kecoh di media sosial, apabila video Profesor Dr. Muhaya yang membahaskan isu ‘Kenapa Wanita Lambat Dapat Jodoh’ mendapat kecaman dan kritikan dari orang ramai termasuklah Dr. Amalina.

Pandangan yang di berikan oleh Prof Muhaya di dalam video tersebut adalah, wanita harus bersikap “bodoh-bodoh sedikit” di hadapan lelaki dan tidak menjadi terlalu independent jika tidak wanita akan sukar mendapat jodoh.

I’m sorry but my mum didn’t raise me to be ‘bodoh-bodoh sikit’ in front of men so that I can ‘bertemu jodoh’. You are sending the wrong message to girls and young women. Women should definitely not lower their intellectual level just so that they can attract a man. https://t.co/xc0G7GsV3O

— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) June 8, 2021

Dr. Amalina Bidas Pandangan Prof. Muhaya

Isu ini hangat dibualkan di media sosial hingga mendapat perhatian Dr. Amalina, wanita yang baru mendirikan rumahtangga bersama suami tercinta pada bulan Mac 2021 ini berkongsi pandangannya bahawa ini merupakan mesej yang salah.

Foto – Instagram/Twitter @dramalinabakri

“Ibu saya tidak besarkan saya untuk jadi bodoh-bodoh sikit di depan lelaki, supaya saya dapat bertemu jodoh. Anda memberi mesej yang salah kepada wanita dan perempuan muda.

Wanita tidak sepatutnya merendahkan tahap kebijaksanaan mereka hanya untuk memikat lelaki.” Ciap Dr. Amalina di akaun Twitternya

Wanita Harus Jadi Diri Sendiri

Dr. Amalina juga menyatakan, bahawa wanita harus menjadi diri sendiri dan tidak perlu merendahkan martabat diri untuk berkahwin. Doktor pakar bedah ini juga berharap, isu merendahkan-rendah martabat wanita dihentikan kerana ia satu penghinaan.

Foto – Instagram/Twitter @dramalinabakri

“Ini satu penghinaan buat wanita DAN lelaki. Jadilah versi terbaik diri sendiri. Biarkan wanita jadi apa yang mereka mahukan.

Cukuplah dengan pemikiran kamu-harus-tunduk jika kamu ingin berkahwin. Berhentilah merendahkan-rendahkan wanita. Suami saya geleng kepala sekarang ini.” Kongsi Dr. Amalina di Twitternya

3 Rencah Ini Kunci Bahagia Dan Hubungan Kekal

Berikutan hal jodoh menjadi bualan panas di media sosial, Dr. Amalina berkongsi tiga perkara utama jika mahu bahagia bersama pasangan.

KATSEYE Manon Perjelas Video Tular, Nafi Dakwaan Bergaduh Sesama Ahli
Foto – Instagram/Twitter @dramalinabakri

“Saya sudah berkahwin dari segi logik kamu, saya tahu apa maksud sebenarnya. Sikap hormat-menghormati, bertolak-ansur dan kawal ego perlulah datang daripada kedua-dua pihak bukan perempuan sahaja.

Ianya perlukan dua orang untuk tango. Hormat perlu diperolehi, bukannya diberi. Lelaki dan wanita kedua-dua boleh belajar bersama.” Ciapnya lagi di Twitter.

Dalam hubungan lelaki dan wanita perlu saling menerima dan menghormati, barulah hubungan yang dibina berkekalan betul tak?

dr amalinajodohProf MuhayaViral
https://lomp.at/8fi8u
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Agy Penat Dikeji Netizen!-“Kita Cuba ‘Improve’, Tapi Ramai Yang Cabar-Cabar..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Personaliti media sosial, Agy yang sentiasa menjadi kecaman setengah netizen disebabkan gayanya yang feminin. Terkini, Agy atau nama sebenarnya Muhammad...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aliff Syukri Pilu Kereta Mewah Alami Kerosakan-“Sebab Dah Lama Tak Bawa Dan..”

by Naddy Joe
January 16, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berdepan dengan ujian apabila salah sebuah kereta mewahnya yang baru dibeli kurang dari...

Read moreDetails
Lokal

Janna Nick Dedah Pelakon Wanita Dituduh ‘Scammer’ Pernah Hubungi Minta Wang-“Tiba-Tiba Suami Dia Yang Pickup!..”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil bersuara mengenai salah seorang rakan selebriti yang didakwa terlibat dengan penipuan wang (scammer). Kongsi Janna atau...

Read moreDetails
Spotlight

[VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

by Phic ARMAN
February 16, 2026

Nama Putri Aleeya Antasha kembali jadi buah mulut netizen apabila sekeping foto terbaharu dirinya tular di media sosial. Wajah lembut,...

Read moreDetails
Lokal

“Bila Kita Terburu-Buru Untuk Berkata Dengan Perasaan Marah…”-Mia Sara

by Naddy Joe
February 19, 2026

Pelakon, Mia Sara mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memberikan kenyataan yang melibatkan kemelut dirinya bersama pelakon, Puteri Balqis. Mia Sara...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara