Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Polis Cari Safiey Ilias Selepas Ajak Kanak-Kanak ‘Live’ Pukul 2 Pagi

Safiey dan Pipinatasha telah melakukan tiga kesalahan

by Khai Azfar
June 10, 2021
Share on Facebook

Berikutan sesi secara langsung usahawan sensasi, Safiey Ilias yang membuat IG Live bersama seorang rakannya yang dikenali sebagai ‘Pipinatasha’ serta dua orang kanak-kanak pada jam sekitar 2 pagi, satu laporan polis telah dibuat oleh pensyarah, Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar.

Safiey Lakukan Tiga Kesalahan

Menerusi laman Facebook nya,Rafidah berkata Safiey dan Pipinatasha telah melakukan tiga kesalahan termasuklah berkomunikasi secara lucah dan melakukan perbuatan amang seksual terhadap dua orang kanak-kanak itu.

“Laporan polis dibuat ke atas pengguna Ig SafieyIllias94 yang menjadi host Live Instagram melibatkan 2 kanak-kanak bawah umur”

“Laporan di buat melibatkan kesalahan :
1. Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 : Perbuatan berkongsi atau menyebarkan kandungan lucah
2. Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017
3. Kesalahan di bawah OBD (orang belum dewasa) Peraturan2 Kawalan Hasil Tembakau 2004”

“Saya rasa kita dah banyak bertolak ansur dengan mereka yang Instafamous ini. Ibubapa, kejadian ini berlaku 1.50 pagi. Anak-anak tak sepatutnya menggunakan HP waktu dinihari dan bagi tujuan melawat atau terlibat dalam IgLive sebegini” – tulis Rafidah

Polis Cari Safiey Dan Pipinatasha

Susulan itu, memetik laporan Berita Harian pihak polis kini sedang mengesan Safiey dan Pipinatasha. Malah, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan juga diminta untuk menghubungi mana-mana balai polis bagi membantu siasatan. Pada pagi Rabu, Safiey mencetuskan kontroversi apabila menjemput dua orang kanak-kanak lelaki untuk bersama-sama dalam sesi ‘live’ nya. Dalam sesi itu, Safiey dan rakannya dilihat menari terkinja-kinja dan memberi pengaruh buruk kepada kanak-kanak itu.

https://lomp.at/tedc4
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  5. 5

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara