Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Tukar Maklumat ‘IC’, Polis Sudah Kenal Pasti Lokasi Persembunyian Nur Sajat

Polis sedang mengesan Sajat bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan

by Khai Azfar
June 15, 2021
Share on Facebook

Usaha pencarian usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat berkemungkinan akan berakhir tidak lama lagi berikutan pihak polis telah mengenali pasti lokasi persembunyiannya.

Enggan Dedahkan Lokasi Sebenar

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata pihaknya enggan mendedahkan lokasi sebenar Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman kerana dikhuatiri menganggu siasatan.

“Kita tahu, cuma saya tak boleh dedahkan kerana ia adalah sebahagian daripada siasatan,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan secara maya di sini, pada Isnin.

Polis Cari Sajat Berkenaan Tipu Maklumat Kad Pengenalan 

Dalam perkembangan berkaitan, Polis Ampang Jaya sebelum ini dalam sebuah kenyataan memaklumkan pihaknya sedang mengesan pelantun Makhkluk Penggoda itu bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.

Sajat merupakan seorang saksi yang perlu hadir bagi prosiding perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Ampang Jaya pada 14 Julai ini. Difahamkan, kali terakhir dia dikesan adalah di alamat No 2, Jalan Polo Country Club Selangor, 10/3 Kota Damansara, Seksyen 10, Petaling Jaya. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu.

Terdahulu, Murai.my melaporkan pelbagai spekulasi mengenai lokasi persembunyian Sajat termasuklah berada di luar negara selepas waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah pada 23 Februari lalu.Waran tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana dia gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu. Malah baru-baru ini, Sajat turut memadam sekali lagi akaun Instagram kononnya lokasi persembunyiannya telah diketahui netizen.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
nur sajatWaran Tangkap
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  2. 2

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  3. 3

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  4. 4

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara