Penyanyi popular dan komposer berbakat besar, Aina Abdul melakar sejarah peribadi apabila muncul dalam program hiburan popular Korea Selatan, Simply K-Pop Con-Tour pada petang Isnin.
Trending Nombor 1ย
Penampilan Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina binti Abdul Ghani,28 di Arirang TV itu sekaligus membuatkan namanya ‘trending’ di laman Twitter berikutan ramai peminat berasa kagum apabila Aina dijemput oleh rancangan tersebut.
Perdengarkan Sepi Di Simply K-Pop Con-Tourย
Aina Abdul at Simply Kpop
๐๐๐๐๐๐๐ pic.twitter.com/RBmLSRJm8u— ๐โ๏ธ (@cingu4eva) June 14, 2021
Selain ditemubual oleh dua hosnya yang juga penyanyi daripada kumpulan The Boyz, Jacob dan Kevin, Aina turut diberi peluang untuk menyanyikan single terbaharunya berjudul Sepi. Sebagai info, Sepi merupakan single pertama Aina yang mempunyai dua versi, Bahasa Melayu dan Bahasa Korea.
Rata-rata peminat menyifatkan Aina sememangnya layak dijemput dan diberikan penghormatan sedemikian berdasarkan pencapaiannya selama ini. Malah, mereka turut mengharapkan agar Aina diberi peluang untuk berduet dengan mana-mana bintang Korea bagi melebarkan lagi sayapnya sebagai seorang penghibur.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.