Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Michael Ang Nyaris Hilang Penglihatan Buat Selamanya?

by Soph Azz
June 15, 2021
Foto - @michaelang38 (Instagram)

Foto - @michaelang38 (Instagram)

41
KONGSIAN
Share on Facebook

Lihat posting Instagram penerbit dan pengarah terkenal, Michael Ang telah menjalani pembedahan mata akibat penyakit glaukoma. Kongsinya situasi tersebut telah meletakkan dirinya dalam bahaya jika tidak melakukan pembedahan dengan segera.

Michael Ang Kongsi Risiko Untuk Buta Tinggi 

Dipetik daripada Kosmo, Michael berkata penyakit ini sudah diketahui pada tahun lepas ketika melakukan pemeriksaan tahunan. Tetapi disebabkan oleh masalah kekangan masa, dia telah menangguhkan pembedahannya.

Foto – @michaelang38 (Instagram)

“Kalau saya tak buat pembedahan, boleh buta. Nasib saya mengetahui tentang glaukoma ini pada peringkat awal”, kongsi Michael.

Tambahnya jika tidak membuat pemeriksaan dan pembedahan tidak dilakukan setelah mengalami beberapa simptom, dia berisiko untuk kehilangan deria penglihatan selama-lamanya.

Oh, Rupanya Alami Simptom Ini

Pada masa yang sama, pengarah drama Perempuan Tanpa Dosa ini juga berkata antara simptom yang dialaminya sebelum melakukan pembedahan adalah pandangan menjadi kabur, berdebu dan rasakan ada benda bergerak di dalam mata seperti cacing.

Foto -Sehat Q

“Oleh itu, saya ingin menasihatkan orang ramai yang mempunyai simptom mata kabur, rasa berdebu atau ada benda bergerak di mata buatlah pemeriksaan sebelum terlambat”, ujarnya.

Michael juga menasihati orang ramai yang mengalami beberapa simptom sebegini tidak perlu mengabaikannya atau melengahkan bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan segera jika tidak mahu kehilangan deria penglihatan.

Foto – MStar

Sebelum ini Michael juga pernah menjalani pembedahan gastroplasty pada dua tahun yang lalu setelah mengalami beberapa penyakit berkaitan dengan berat badan berlebihan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Michael Ang Bidas Netizen Yang Tuduh Siti Nurhaliza Dibayar Untuk 'Perform' Di Majlis Rumah Terbuka KKM
Source: Kosmo
butamichael ang
https://lomp.at/5ujro
Share16Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem