Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

3 Kali Viral! Selepas Mengaku Tidak Solat, Usahawan Kosmetik Didakwa Pukul Anak Sampai Lebam

Menantunya turut diugut sekiranya membawa keluar remaja tersebut

by Khai Azfar
June 17, 2021
Share on Facebook

Seorang usahawan kosmetik yang berasal dari Kelantan kembali tular di media sosial selepas anak perempuannya mendakwa dirinya telah dipukul oleh wanita berusia 33 tahun itu.

Cuba Pukul Dengan Kayu Hoki

Lebih mengejutkan, bukan sahaja turut dipukul oleh bapa tirinya di rumah mereka di Kampung Pauh, Pasir Mas, Kelantan, malah remaja yang sudah berkahwin itu juga cuba dipukul dengan kayu hoki oleh ibunya namun mangsa berjaya melarikan diri. Difahamkan, pergaduhan tersebut berpunca daripada remaja itu yang memuatnaik status mengenai sikap ibunya di aplikasi Whatsapp. Berang dengan tuduhan tersebut, pasangan suami isteri itu bertindak mengasarinya.

Suami Mangsa Diugut

Menerusi perkongsian mangsa di laman Facebook, suaminya turut diugut oleh ibu dan bapanya tirinya atas tuduhan merogol dan diminta bercerai sekiranya membawa remaja itu keluar dari rumah.

“Bapa tiri saya ugut suami saya kalau suami saya bawa saya lari dari rumah, bapa tiri saya akan beritahu akan membuat report (laporan polis) kes rogol dan mama saya beritahu kalau suami saya bawa keluar selangkah keluar pagar dari rumahnya dia akan suruh bercerai” dedah remaja itu

Dalam perkembangan berkaitan, memetik laporan Kosmo insiden itu menyebabkan mangsa mengalami luka dan bengkak pada bahagian kepalanya akibat ditampar oleh bapa tirinya.Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, kedua-dua suspek telah ditahan pada pukul 9 malam tadi untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

“Hasil pemeriksaan terhadap mangsa yang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu mendapati dia mengalami bengkak pada bahagian kiri kepala, luka pada bahagian dalam pipi dan lebam pada beberapa anggota badan.

“Siasatan mendapati, mangsa yang sudah berkahwin tinggal bersama ibu, bapa tiri dan suaminya di rumah tersebut,” katanya.

https://twitter.com/OmgItsSaraa_/status/1398611999387316227

Terdahulu, usahawan wanita tersebut tular beberapa kali di media sosial. Selepas tular mengenai sedutan video suapan makanan kepada menantunya, wanita ini turut hangat diperkatakan kerana akui tidak suka menunaikan solat.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Usahawan Kosmetik
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

FAKTA

11 Tahun Berlalu, Miksudiar Masih Trauma: Kes Jaslinda Kembali Ingatkan Tragedi Pos Toho

by Phic ARMAN
June 9, 2026

Kes kehilangan wanita, Jaslinda Saludin yang ditemui selepas 14 hari sesat di kawasan hutan berhampiran Pos Musoh baru-baru ini kembali...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  2. 2

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  3. 3

    Inginkan Privasi Tetapi Pihak Hotel ‘Bocor’ Tarikh Perkahwinan Cristiano Ronaldo?

  4. 4

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  5. 5

    ‘Yang Bela Anjing Je Faham’- Stacy Kongsi Pengalaman Sendiri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara