Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Isu Pukul Anak : Usahawan Kosmetik Dibenarkan Dijamin RM9 Ribu Kerana Hamil 5 Bulan

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Muhammad Yusoff Abdullah.

by Khai Azfar
June 18, 2021
Share on Facebook

Susulan daripada seorang usahawan kosmetik, Nurul Atikah Hanafi atau lebih dikenali sebagai Ika Ekora dan suami, Mohd Hairie Razali yang didakwa memukul anak perempuannya berusia 16 tahun baru-baru ini, Mahkamah Majistret membenarkan tertuduh diberi jamin sebanyak RM9,000 seorang masing-masing dengan seorang penjamin.

Mengaku Tidak Bersalah

Sebelum itu, Ika dan suami didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada anak perempuannya pada Isnin lalu. Bagaimanapun, kedua-duanya mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Muhammad Yusoff Abdullah.

Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut seksyen yang sama dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan serta boleh membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Ika Hamil 5 Bulan

Memetik laporan Harian Metro, pada mulanya Ika dan Hairie tidak ditawarkan sebarang jaminan namun peguam mereka, Muhammad Hasif Hassan memohon supaya mereka diberi jaminan dengan kadar minimum kerana Eka sedang hamil lima bulan.

Selepas dibenarkan dijamin, mereka juga perlu melapor diri di Balai Polis Pasir Mas dua kali sebulan dan majistret menetapkan 18 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, Murai.my melaporkan seorang remaja perempuan dipukul oleh ibu dan bapa tirinya selepas dia memuatnaik status mengenai isu harta di Whatsapp. Berang dengan tindakan tersebut, usahawan itu dan suami bertindak memukul remaja tersebut selain mengugut suami mangsa untuk tidak membawanya keluar dari rumah mereka.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ika EkoraPuteri EkoraUsahawan Kosmetik
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara