• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Memang Sedih! ARMY Kongsi Tak Dapat Tahan Air Mata Lepas Dengar Kisah 3 Ahli BTS Ini

by Soph Azz
June 19, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Bangtan Sonyeondan atau lebih dikenali sebagai BTS mengaku bukan mudah untuk sampai ke tahap ini selepas bekerja keras untuk beberapa tahun sebelum ini. Walaupun ada yang menganggap BTS tidak pernah melalui zaman trainee yang sukar, sebenarnya mereka salah.

Tiga ahli BTS ini pernah berkongsi zaman sukar mereka ketika menjadi pelatih. Nak tahu lebih lanjut, baca perkongsian di bawah.

BTS RM

Ketua kumpulan BTS, Namjoon atau mesra dipanggil RM berkongsi dia memilih untuk kekal dan percaya agensinya ketika itu. Walaupun pelatih lain mula menarik diri serta BTS terpaksa menjalani zaman trainee yang lebih lama berbanding kumpulan lain.

Foto – @btsnamjoon (Instagram)

Tambahnya, dia juga mengalami gangguanyang mengepal gigi atau clenching teeth yang menyebabkan gigi rahang atas dan bawah menekan secara kuat. Gangguan ini terjadi disebabkan oleh tekanan ketika bekerja.

Foto – Pinterest

Menderita gangguan ini, RM menjadi teragak-agak untuk meneruskan latihannya kerana tidak dapat belajar melakukan rap. Tetapi Bang Si Hyuk (CEO Big Hit Entertainment) tidak berputus asa dan membantu RM sehingga berjaya.

BTS Suga 

Semasa menjadi pelatih, Suga dikatakan mengalami masalah kewangan sehinggakan dia terpaksa buat pilihan sama ada membeli makanan atau tiket bas ke Daegu.

Foto – @bts.suga (Instagram)

Pada ketika itu, dia hanya bergantung kepada wang royalti (buat lagu untuk artis K-Pop) dan bekerja sambilan sebagai penghantar makanan. Tanpa diduga bekerja sebagai penghantar makanan buatkan Suga terlibat dalam kemalangan yang mencederakan bahunya.

Foto – @bts.suga (Instagram)

Pada masa yang sama, Jihoo yang merupakan bekas pelatih di Big Hit Entertainment berkata walaupun Suga mengalami masalah kewangan, dia tetap membawa dan membayar bil hospitalnya selepas tahu Jihoon jatuh sakit.

BTS J-Hope

Menerusi episod Burn The Stage, J-Hope berkongsi dia pernah meninggalkan kumpulannya ketika menjadi pelatih. Katanya keputusannya itu membuatkan ahli kumpulan BTS, Jungkook menjadi sedih dan tidak berhenti menangis.

Foto – Pinterest

BTS RM pada masa yang sama berusaha keras berunding dengan agensi mereka untuk memberi peluang kedua pada J-Hope dan memberitahu mereka tidak boleh debut tanpanya.  Melihatkan usaha keras ahli kumpulannya, J-Hope berubah fikiran dan kembali meneruskan latihan.

Foto – Pinterest

Mungkin bagi sesetengah orang menganggap kumpulan K-Pop ini dihujani dengan tuah, tetapi kesukaran zaman trainee mereka membentuk BTS hari ini.

BTSbts j-hopebts rmbts suga
https://lomp.at/d2pnf
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Aksi Fazura Terjah Peminat Yang Memakai Tudung Jenamanya-“Menghargai Pembeli”

by Noah Ab
November 12, 2025

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Fazura yang menerjah peminat yang memakai tudung jenamanya itu. Aksi Fazura membuatkan peminat...

Read more
Foto - @fatiyalatiff (IG)
Lokal

Fatiya Luah Penampilannya Tidak Kemas, Netizen Beri Kata-Kata Semangat- “Comeback Ariana Rose”

Rasanya ramai yang setuju jika MURAI katakan aktres Fatiya Latiff merupakan antara aktres tercantik di Malaysia sebelum ini. Namun dari...

Read more
by Nurul A.
December 1, 2025
Konsert

Rockolusi Kuasa Dua: Gabungan Epik Kristal X & Azlan & The Typewriter di Zepp KL

Tahun 2026 bakal dibuka dengan penuh bergaya apabila Republic Mokhmah Records menganjurkan konsert mega bertajuk Rockolusi Kuasa Dua, mempertemukan dua...

Read more
by Aphit J.
September 27, 2025
Lokal

Sajat Titip Ucapan Buat Keluarga & Rakan-“Maaf Kalau Saya Tak Mampu..”

Usahawan sensasi, Sajat menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bertanyakan keadaan kesihatannya akibat batuk kering yang teruk hingga...

Read more
by Naddy Joe
December 9, 2025
Berita

Nabila Huda Kongsi Pesanan Istimewa Sempena Hari Lahirnya Yang Ke-41-“Kecilkan ‘Circle’ Anda Sebab…”

  Pelakon, Nabila Huda menitipkan ucapan istimewa di media sosial sempena hari lahirnya yang ke-41 pada 2 Disember, hari ini....

Read more
by Naddy Joe
December 2, 2025
Lokal

Uqasha Fail Cerai, Kamal Adli Pula Disambar Pak Mat Western Sebagai Wajah Baharu

Di saat kehidupan peribadinya bergolak, perjalanan kerjaya Kamal Adli bagaikan memasuki fasa kebangkitan baharu. Menerusi satu hantaran di Instagram, aktor...

Read more
by Puteri Alia
November 24, 2025
Foto - @iambobbydeol (IG)
Bollywood

Bobby Deol Kompelin Tentang Nafas Busuk Heroin ‘Gupt’ Kepada Pengarah- “Mulut Dia Busuk!”

Insiden ngeri ini berlaku kepada aktor Bollywood, Bobby Deol semasa penggambaran filem kedua dalam kerjayanya, yang tidak dapat dia lupakan...

Read more
by Nurul A.
November 10, 2025
Lokal

Anzalna Nasir Mahu Bantu Murid Tidak Berkemampuan-“Saya Nak Belikan Dia Kasut & Beg Sekolah Baru…”

Baru-baru ini tular satu perkongsian seorang guru sekolah yang memuatnaik satu foto yang memaparkan sepasang kasut sekolah salah seorang anak...

Read more
by Naddy Joe
October 14, 2025
Indonesia

Konsert BCL: Eternal Love, Timeless Romance Berjaya Sentuh Emosi Ribuan Peminat

Dewan Plenary Kuala Lumpur Convention Centre pada malam Ahad baru-baru ini dipenuhi dengan pelbagai emosi dan magis menerusi konsert istimewa...

Read more
by Naddy Joe
September 30, 2025
Lokal

Remy Ishak Tegas Selebriti Wajar Bersatu Suara Untuk Palestin Namun Pilih Berjuang Dengan Cara Tersendiri

Pelakon Datuk Remy Ishak menyuarakan pandangannya bahawa selebriti wajar terus menggunakan pengaruh mereka untuk bersuara mengenai isu kemanusiaan di Gaza...

Read more
by Puteri Alia
October 3, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  2. 2

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore