Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Samsung Galaxy A02s Boleh Dimiliki Pada Harga RM95 & Percuma Untuk Galaxy A02

by Phic ARMAN
June 21, 2021
Share on Facebook

Memahami keperluan anda yang memerlukan telefon pintar untuk meneruskan kelangsungan dalam situasi pandemik ini, Samsung dan Digi kini menawarkan penjimatan buat pengguna kumpulan B40 melalui rebat peranti RM180 (bagi individu bujang dan berkahwin tanpa anak) dan rebat peranti RM300 (bagi pasangan berkahwin atau ibu/bapa tunggal dengan anak di bawah 18 tahun).

Melalui promosi dan rebat peranti tersebut, anda boleh memiliki Samsung Galaxy A02s pada harga RM95 atau miliki Galaxy A02 secara percuma dengan melanggan pelan prabayar Digi Prihatin 35 Prepaid Bundle.

Anda boleh memiliki telefon pintar baharu dan data internet dengan langganan pakej tersebut tanpa
terikat dengan kontrak.

Galaxy A02 atau Galaxy A02s merupakan antara telefon pintar yang terbaik kerana mampu menghasilkan gambar berkualiti dengan harga yang masih mampu milik. Kedua-duanya dilengkapi kamera belakang 13MP yang mampu menghasilkan gambar yang jelas dan terang dalam apa jua keadaan.

Ia turut dilengkapi kamera makro 2MP untuk anda merakam gambar dari jarak dekat bagi rakaman lebih terperinci. Galaxy A02 dan Galaxy A02s juga sesuai digunakan sama ada untuk kelas dalam talian atau untuk menjalankan perniagaan dalam talian dengan melakukan Facebook Live mahupun Instagram Live kerana kedua-duanya dilengkapi kamera hadapan 5MP untuk panggilan video yang berkualiti dan lebih jelas.

Galaxy A02

Jika anda inginkan kamera yang lebih canggih, anda boleh memilih Galaxy A02s yang dilengkapi kamera sensor kedalaman 2MP yang boleh memberi kesan bokeh pada gambar anda. Anda tidak perlu risau untuk menyimpan banyak gambar dan video kerana Galaxy A02 mempunyai storan seluas 32GB manakala storan Galaxy A02s sebanyak 64GB, yang turut membolehkan anda untuk memuat turun pelbagai aplikasi pada telefon tersebut.

Galaxy A02s

Jika masih tidak cukup, anda boleh menambah ruang storan tambahan sehingga 1TB dengan kad mikroSD 1 . Jadi tidak perlulah anda untuk memadam gambar atau video lama untuk pastikan ruang storan anda sentiasa cukup dan pastinya dapat membantu memudahkan kerja anda.

Kini anda boleh memiliki telefon pintar dan menikmati foto berkualiti tinggi pada harga mampu milik
dengan menebus rebat peranti tersebut di laman www.digi.com.my/jaringan-prihatin-bm.
Pendaftaran dibuka sehingga 31 Julai 2021. Semak kelayakan anda dan daftar segera!

https://lomp.at/r313s
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Galaxy A57 5G dan A37 5G Kini di Malaysia! Selain Harga, Teknologi Nightography Jadi Fokus

by Phic ARMAN
April 7, 2026

Baru-baru ini, MURAI berpeluang hadir ke event eksklusif Samsung di The Campus untuk menyaksikan sendiri pelancaran dua model terbaru Galaxy...

Read moreDetails
Foto - Dyson
Teknologi

Kipas Mudah Alih Pertama Dyson, HushJet™ Jamin Kesejukan Sehingga 6 Jam!

by Nurul A.
April 11, 2026

Dyson hari ini melancarkan kipas mudah alih pertamanya iaitu Kipas Mini Sejuk HushJet™. Direka bentuk untuk kegunaan harian, kipas pelbagai...

Read moreDetails
LifeXplore

[VIDEO] Galaxy S26 Hadir Dengan Nada Dering Terbaharu, Dirakam Orkestra Terkenal Dunia

by Phic ARMAN
March 27, 2026

Nampaknya Samsung sekali lagi tampil dengan sesuatu yang lain daripada biasa. Kali ini, menerusi siri Samsung Galaxy S26, mereka memperkenalkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara