• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Maki Anggota Polis, “Wawa Wahid Enterprise” Ditahan Reman 2 Hari

“Nama aku Wawa, Wahid Enterprise. Kau tanya aku siapa kan?" - kata wanita itu

by Khai Azfar
June 22, 2021
Share on Facebook

Selepas tularnya mengenai seorang usahawan kosmetik yang mengamuk di sebuah sekatan jalan raya (SJR) di Sabah, wanita yang dikenali sebagai ‘Wawa’ dari ‘Wahid Enterprise’ telah ditahan polis bagi membantu siasatan.

Ditahan Reman Dua Hari 

YouTube video

Memetik laporan Sinar Harian, wanita berusia 34 tahun itu ditahan pada pukul 11.20 pagi semalam sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tahanan reman selama dua hari.

“Proses siasatan sedang dilakukan termasuk merakam percakapan, membuat kawat cam dan dokumentasi terhadap wanita ini. Siasatan sudah 80 peratus siap.

“Kita menjangkakan siasatan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam dan kita akan memohon tahanan reman untuk tempoh dua hari.

“Dalam tempoh itu, kita akan lengkapkan siasatan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan selanjutnya,” kata Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah

Nafi Kerana Provokasi Polis

Menolak dakwaan kononnya anggota polis yang melakukan provokasi dahulu, Mohd. Zaidi berkata ia berpunca kerana wanita itu berasa tidak puas hati selepas dikenakan saman lalu lintas.

“Kejadian awal mendapati, wanita itu membuat provokasi kerana marah pada anggota yang mahu mengeluarkan saman terhadap dua kesalahan lalu lintas.

“Bukan kerana beliau diprovokasi terlebih dahulu oleh anggota seperti yang tersebar dalam Facebook sebelum ini. Dakwaan wanita itu tidak betul kerana proses ditahan untuk saman tidak mengambil masa sehingga 30 minit,” katanya lagi

Jelasnya lagi, video tersebut dirakam oleh seorang anggota petugas di SJR kerana melihat berlaku kekecohan di tempat berkenaan bukan bertujuan untuk disebarkan.Pihak polis telah merampas beberapa barang milik wanita itu termasuklah kunci kereta, kenderaan, pakaian dan telefon bimbit serta 3 lagi telefon bimbit milik anggota yang terlibat.

Sebagai info, pakaian itu dirampas bagi mengenal pasti ia adalah pakaian yang dipakai wanita itu dalam kejadian yang dirakam dalam video berkenaan.

Wawa Wahid Enterprise
https://lomp.at/zigxs
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Social Buzz kembali lagi dengan video yang menjadi buala hangat di laman TikTok. Penampilan YTM Tunku Sulaiman Badlishah, putera kepada...

Read moreDetails
Filem

Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Setiap kejayaan yang kita lihat hari ini pasti ada cerita di sebaliknya, dan bagi Datuk Yusof Haslam, legenda industri hiburan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Dr Fie, bekas isteri penyanyi Nubhan, baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila mencuba jering masakan pelakon era 90an,  Datin Paduka...

Read moreDetails
Berita

Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

by Naddy Joe
January 2, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan DOLLA, iaitu Sabronzo sentiasa menjadi tumpuan netizen disebabkan penampilannya yang seksi. Terkini, dia kembali mengundang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  2. 2

    Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

  3. 3

    Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

  4. 4

    Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

  5. 5

    Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore