Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

5 Pulau Misteri Ini Haram Untuk Dijejaki, Alasannya Menakutkan!

by Puteri Alia
June 26, 2021
Foto - Untapped New York/Amusing Planet

Foto - Untapped New York/Amusing Planet

65
KONGSIAN
Share on Facebook

Bukan semua pulau yang ada di dunia ini boleh diterokai sewenang-wenangnya, terdapat bahaya dan risiko besar yang menanti jika menjejaki pulau-pulau yang diklasifikasikan sebagai bahaya dan dilarang mengunjunginya.

Dipetik dari IDN Times, lima pulau ini dilarang sebarang manusia untuk menghampirinya apa lagi menjejakkan kaki di pulau tersebut kerana berisiko tinggi dan boleh meragut nyawa jika mengendahkan larangan tersebut.

Pulau Sentinel Utara, Kepulauan Andaman

Pulau ini cukup terkenal dengan suku kaum orang asli yang dikenali sebagai kaum Sentinel, kelompok peribumi yang mendiami pulau ini sangat agresif dan bertindak menyerang sesiapa saja yang menghampiri pulau tersebut.

Foto – National Geographic

Pulau North Brother, Amerika Syarikat

Siapa sangka berdekatan dengan bandaraya elit New York, Amerika Syarikat terdapat sebuah pulau kecil yang dikenali sebagai pulau North Brother.

Foto – Untapped New York

Pulau ini dulunya dijadikan lokasi kuarantin bagi pesakit yang menghidap penyakit berbahaya, kemudian tempat tersebut ditukar menjadi pusat rehabiliti bagi penagih dadah.

Namun pada tahun 1963, pulau tersebut ditinggalkan dan menjadi tempat tinggal burung bersama fasiliti yang usang dan kelihatan mengerikan di waktu malam.

Pulau Surtsey, Islandia

Pulau ini telah di isytihar sebagai pulau warisan dunia dan di bawah perlindungan UNESCO, justeru itu sebarang manusia tidak boleh sewenang-wenangnya mendekati apa lagi menjejaki pulau tersebut.

Foto – Fantastic Routes

Pulau Diego Garcia, Wilayah Lautan Hindi Britain

Pulau ini merupakan aset penting bagi Angkatan Laut Amerika Syarikat kerana mempunyai pangkalan ketenteraan di sana.

Mengikut sejarah kerajaan Britain menyewakan pulau ini kepada Amerika Syarikat semasa perang dingin, dan dimaklumkan tempoh sewaan pulau tersebut adalah selama 20 tahun.

Foto – Daily Mail/Pinterest

Tempoh sewaan pulau tersebut berakhir pada tahun 2016, tetapi pihak Britain telah memanjang tempoh sewaan selama 20 tahun lagi.

Orang Patut Tahu! Ini Sebenarnya Realiti Perlancongan Di India

Dan ini bermakna pulau ini tidak boleh di kunjungi oleh orang awam, apatah lagi kawasan ini menjadi pangkalan ketenteraan penting buat Amerika Syarikat.

Pulau Queimada Grande, Brazil

Pulau Queimada Grande atau juga dikenali sebagai pulau ular ini, terletak sekitar 100 kilometer daripada pantai Sao Paulo, Brazil.

Foto – Amusing Planet

Disebabkan pulau ini di huni dengan pelbagai spesies ular yang berbisa di dunia, menyebabkan pihak berkuasa Brazil mengeluarkan arahan larangan kepada orang ramai agar tidak menjejaki pulau tersebut jika tidak nyawa bakal jadi taruhannya.

Ngeri betul! Tak boleh bayang apa akan jadi kalau manusia jejakkan juga kaki di pulau-pulau berisiko tinggi ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
bahayaDuniapulau
https://lomp.at/nmy50
Share26Tweet16SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem