Sejak petang Isnin, nama seorang pelakon yang juga penyanyi popular hangat diperkatakan di laman Twitter berikutan terdapat sebuah video aksi bogel nya tersebar di laman itu.
Video Bogel Tular
Dalam video yang berdurasi lebih dari 4 minit itu jelas kelihatan seorang lelaki mirip wajah selebriti itu menunjukkan tubuh badannya tanpa seurat benang selain menayangkan alat sulit. Menerusi komen balas,segelintir netizen tidak menolak bahawa video tersebut merupakan rakaman lama memandangkan bentuk fizikal serta wajah selebriti itu yang terkini berbeza dengan lelaki di dalam video tersebut.
Mungkin Pelanduk Dua Serupa
Selain itu, mereka turut beranggapan bahawa lelaki itu hanya sekadar pelanduk dua serupa dengan selebriti popular itu kerana mempunyai pelbagai perbezaan. Setakat ini, tiada sebarang kenyataan lanjut daripada selebriti berkenaan berkaitan dengan penularan video tersebut.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.