• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Kantoi Besar” – Michael Ang Puji Tindakan Netizen Dedah Video Ahli Politik Kenduri Durian

Segelintir netizen tampil mendedahkan pelbagai bukti

by Khai Azfar
June 30, 2021
Share on Facebook

Sejak awal minggu, di media sosial hangat memperkatakan mengenai Datuk Mohd Rashid Hasnon yang dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP) selepas tularnya video dia menikmati buah durian tanpa penjarakan sosial bersama dengan beberapa individu lain di sebuah lokasi.

Netizen Dedah Bukan Video Lama

A video showing a group of people enjoying a durian feast in Johor during the strict MCO 3.0 has gone viralled in the social media prompting the police to call up the Batu Pahat MP Mohd Rashid Hasnon to help with their investigations on the matter – vidnet pic.twitter.com/r39XDQnWti

— Kuala Lumpur Reporter ?? (@KL_Reporter) June 29, 2021

Susulan itu, Rashid menerusi Astro Awani menjelaskan bahawa video ‘kenduri durian’ tersebut bukan baharu, sebaliknya terjadi sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi. Kecewa dan menyifatkan penjelasan itu sebagai satu pembohongan, segelintir netizen tampil mendedahkan pelbagai bukti termasuklah mengenai rekaan tudung yang dipakai oleh salah seorang individu dalam video tersebut merupakan koleksi terbaharu sebuah jenama.

BOHONG??? dlm video tu ada sorang akak ni pakai tudung fareha code Reyna, collection raya tahun ni punya
?️??️ Baru release dlm 2 bulan lepas, tetiba cakap video ni tahun lepas punya? Nak menipu tapi tak pandai?✋ pic.twitter.com/Sjvl1aazjV

— Fiz PS Sambal Nyet? Agent Gold Fareha?? (@thesyafizasyhrn) June 29, 2021

Michael Ang Puji Netizen

Berkongsi perihal tersebut di laman Instagram nya, pengarah terkenal Michael Ang memuji tindakan netizen yang membongkar isu tersebut. Menyifatkan netizen di Malaysia seolah-olah seperti perisik antarabangsa, Michael berkata dia menanti-nantikan jawapan balas daripada Rashid yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat susulan pendedahan yang dibuat oleh netizen. Bagaimanapun jelas pengarah ini,hantaran tersebut hanya dimuatnaik sekadar mengisi masa yang terluang untuk membahaskan isu berkenaan.

“Salam semua. Hahahahahahha mati la nak KANTOI Besar ni! Kat Malaysia ni Kalau nak tipu kena agak2 eh Malaysia punya netizen kalau jadi CSI memang number One. Sekarang nak tunggu apa cerita YB YB Malaysia ni nak corner baring pulak! Confident aje video lama! Hehehehhehe . Posting ini sekadar mengisi masa MCO! Hehehehhe luv u all n be safe!” tulis Michael

View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut kecewa melihat kenyataan tersebut selain beranggapan bahawa masih ada sesetengah pihak terutamanya pihak kenamaan tidak sensitif dengan situasi semasa. Difahamkan, Rashid enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan polis akan menjalankan siasatan terhadapnya.

Michael Ang Hentam Pempengaruh Keluarkan Kata Lucah! - "You Are Damn Stupid and an Embarrassment to Malaysia!"
Datuk Mohd Rashid HasnonKenduri durianmichael ang
https://lomp.at/a8wcb
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak kehilangan mengejutkan arwah Nadia Kesuma pada 15 Januari lalu, banyak spekulasi dan maklumat tidak tepat mula tersebar di media...

Read moreDetails
Foto - @schaalyahya (IG)
Lokal

Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

by Nurul A.
January 20, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Scha Alyahya menjadi perhatian ramai selepas tampil berkongsi secara terbukanya mengenai kepentingan menjaga batas pergaulan dan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Malam penuh berseri dan sarat emosi. Itulah suasana yang mengiringi Majlis Resepsi pasangan mempelai, Sara Sabrina dan Mohamed Yusuf Al...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  2. 2

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  3. 3

    Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

  4. 4

    Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

  5. 5

    Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore