Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

LinkedIn Tak Selamat Guna? Data Bocor Dan Di Jual Kepada Hacker

by Puteri Alia
June 30, 2021
Foto - Business Insider

Foto - Business Insider

Share on Facebook

Tular mengenai data peribadi pengguna aplikasi Linkedln bocor dan di jual kepada hacker, perkara ini mengejutkan ramai orang khususnya pengguna Linkedln sendiri.

Aplikasi Linkedln terkenal sebagai platform untuk berkongsi makluman, mencari pekerjaan dan berkomunikasi bersama pengguna lain secara profesional.

Tetapi dengan kejadian data bocor dan di jual dalam forum hacker ini, membuatkan para pengguna di seluruh dunia berasa tidak senang duduk dan bersama risau dengan keselamatan data peribadi masing-masing.

Linkedln Akui Data Telah Di Godam

Foto – Engine Journal

Dipetik dari Kumparan Tech, syarikat Linkedln mengakui bahawa paparan 700 data pengguna Linkedln di sebuah forum hacker adalah benar.

Data peribadi yang terpampang di forum berkenaan menampilkan nama pengguna, jantina, nombor telefon bimbit, alamat emel, alamat tempat tinggal, pengalaman bekerja, data geolokasi, dan juga gaji pengguna akaun tersebut.

Menerusi siasatan yang dilakukan pihak Linkedln, data yang bocor itu memang boleh diakses oleh sesiapa saja kerana data yang dipaparkan memang boleh di lihat secara umum.

Kata Kekunci Masih Selamat

Foto – Linkedln

Meski pun begitu, pihak Linkedln berkata kata kekunci bagi akaun Linkedln pengguna masih selamat dan tidak di godam oleh hacker dan pihak Linkedln menasihati agar para pengguna akaun lebih berwaspada.

Menerusi siasatan Linkedln salah satu sebab mengapa data pengguna mudah di godam dan bocor adalah kerana isu kelemahan keselamatan API (Application Programming Interface) pengguna sendiri sebab itu data tersebut mudah didapati dan di jual pada forum hacker.

Foto – Panda Security

Zaman siber ini penggodam sangat licik dan bijak memanipulasi data peribadi kita semua, justeru itu pengguna harus lebih berhati-hati ketika ingin menyimpan sebarang maklumat berharga secara dalam talian terutamanya yang berkaitan maklumat kewangan dan perbankan.

DataHackerLinkedlnPeribadi
https://lomp.at/80guv
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
LifeXplore

[VIDEO] Galaxy S26 Hadir Dengan Nada Dering Terbaharu, Dirakam Orkestra Terkenal Dunia

by Phic ARMAN
March 27, 2026

Nampaknya Samsung sekali lagi tampil dengan sesuatu yang lain daripada biasa. Kali ini, menerusi siri Samsung Galaxy S26, mereka memperkenalkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara