Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Personaliti

Kudsia Kahar Dedah Cara Pastikan Butiran Peribadi Tidak Dikongsi Stesen Radio

Pemanggil tersebut boleh mengambil tindakan undang-undang

by Khai Azfar
July 7, 2021
34
KONGSIAN
Share on Facebook

Susulan kontroversi isu palsu membabitkan sebuah keluarga dikatakan tidak mendapat bantuan sehingga kelaparan di kawasan parlimen Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mastura Mohd Yazid, personaliti radio terkenal, Kudsia Kahar tampil berkongsi kepada orang ramai mengenai cara untuk memastikan butiran peribadi mereka tidak dikongsi oleh stesen radio.

Kudsia Kahar Titip Pesanan Buat Pemanggil 

Menerusi bebenang ciapan di laman Twitter miliknya, Kudsia yang juga bekas Presiden Radio Komersial Malaysia (CRM) berkata adalah salah di sisi undang-undang sekiranya terdapat penyampai mahupun stesen radio berkongsi data peribadi pemanggil dengan pihak ketiga.

Via dwerkzphotography

Sekiranya terjadi isu berkenaan, pemanggil tersebut boleh mengambil tindakan undang-undang menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau melantik peguam untuk mengendalikan kes tersebut.

“if they DID give the caller’s phone number – it contravenes the PDPA atau Akta Perlindungan Data Peribadi dan pemanggil yang dikongsikan butirannya boleh mengambil tindakan melalui @McmcReact
atau menghubungi peguam. Mengapa peguam?

Jika identitinya diketahui oleh orang ramai, daripada orang hanya dengar panggilan dan tak kenali anda, kini muka dah tertera di akhbar dan media sosial, dan berkemungkinan anda dilemparkan tuduhan, ugutan dan menanggung malu. That means the station sharing your details – enabled slander/defamation” tulis Kudsia

Nyatakan Pada Penerbit Untuk Tidak Kongsi Butiran Peribadi

Dalam pada itu, Kudsia turut menitipkan pesanan buat pendengar sebelum menghubungi stesen radio untuk tujuan tertentu. Nasihat bekas penyampai radio ini, mereka seharusnya menyatakan pada penerbit radio tersebut untuk tidak berkongsi nombor mereka pada pihak ketiga .

“Oleh itu, lakukan yang berikut – kalau nak call stesen radio, nak luahkan perasaan, suka duka dan sebagainya, pastikan anda menyatakan pada penerbit bahawa anda MELARANG stesen tersebut berkongsi nombor anda dengan mana-mana pihak ketiga. Because they have NO RIGHT to share it” kongsinya lagi

Hi fam. Sebagai bekas Presiden Commercial Radio Malaysia saya nak share sedikit bagaimana anda boleh memastikan butir peribadi anda TIDAK akan dikongsikan oleh mana2 stesen radio di Malaysia. That’s right, this is a thread. https://t.co/nfcnbVtLMs

— Kudsia Kahar ??, Malaysian First (@Kudsia_Kahar) July 6, 2021

Terdahulu, tular di media sosial mengenai luahan pemberi bantuan yang menceritakan pengalamannya menyampaikan bantuan kepada sebuah keluarga di Kuala Kangsar menerusi satu panggilan yang dibuat di stesen radio Suria FM. Susulan itu, Pejabat Ahli Parlimen Kuala Kangsar telah mengunjungi keluarga tersebut dan mendapati dakwaan tersebut tidak benar.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Kudsia Kahar
https://lomp.at/0udp5
Share14Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem