Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Ramai Terharu DSV Beri Sumbangan Pada Lelaki Yang Tinggal Di Kawasan Kandang Kambing

Vida mengagumi sikap lelaki tersebut yang gigih berusaha mencari rezeki meskipun hanya mendapat upah RM10 sehari

by Khai Azfar
July 9, 2021
Share on Facebook

Sejak beberapa hari yang lalu, nama jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) hangat diperkatakan berikutan kenyataannya mengenai segelintir rakyat yang kehilangan pendapatan agar tidak berharap sepenuhnya kepada bantuan ‘bendera putih’. Sebaliknya, dia menyarankan mereka untuk berusaha mencari rezeki dan ‘jalan keluar’ daripada kesusahan.

Vida  Beri Sumbangan 

Enggan mengambil peduli mengenai kecaman yang diterima, Vida atau nama sebenarnya Hasmizah Othman,50 sebaliknya berkongsi beberapa hantaran terbaharu mengenai sumbangan yang dihulurkannya kepada mereka yang memerlukannya di sekitar Ipoh,Perak. Jelas Vida, sebelum ini dia telah pun menghantarkan sumbangan menerusi pasukannnya dan menyifatkan pemberiannya itu merupakan rezeki daripada Allah untuk dikongsi kepada mereka.

“Alhamdulillah Trip harini untuk yang betul betul memerlukan di sekitar kawasan Ipoh Perak. Saya pun dah lupa ini trip ke berapa dah sebelum ini saya hanya hantar team saya sahaja. Rezeki Dari Allah kepada saya , saya agih agihkan. InsyaaAllah.

Kepada sesiapa yang mengutuk / Menghina saya . Yang kononnya berlumba lumba nak jadi hero? Hanya pandai menghentam itu harap anda pun sama sama membantu okay” tulis Vida

View this post on Instagram

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Ramai Terharu

Dalam pada itu, Vida turut berkongsi sebuah hantaran yang membuatkan ramai terharu. Menerusi sebuah video, kelihatan Vida memberi sumbangan kepada seorang lelaki yang hidup dalam serba kekurangan. Hanya tinggal di kawasan kandang kambing dan mengharapkan sumber cahaya daripada lilin ketika waktu malam, Vida mengagumi sikap lelaki tersebut yang gigih berusaha mencari rezeki meskipun hanya mendapat upah RM10 sehari.

“TINGGAL KAWASAN KANDANG KAMBING & REBAN AYAM”

“Sedarkah kita disaat kita mengeluh tentang kehidupan kita yang kita ada sekarang ini,Lebih ramai yang menghadapi kesukaran yang jauh lebih berat daripada apa yang kita hadapi sekarang ini.

Tengok Abang Man , Kerja gaji Rm10 sehari. Tak bergerak tak makan katanya. Ambil upah jaga Ayam ,ikan , Kambing. ini yang saya kata USAHA!

Rumah takde elektrik, mandi sungai” kongsi Vida

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut pelantun I Am Me ini berasa kagum dengan kegigihan lelaki tersebut meneruskan kehidupan mencari rezeki yang halal.

View this post on Instagram

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Malah, mereka turut mendoakan agar rezeki lelaki itu dan Vida dipermudahkan. Segelintir daripada mereka pula akui mula faham akan maksud Vida sebelum ini agar berusaha mencari rezeki dan bukanlah mengharapkan bantuan semata-mata.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
[VIDEO] Cik B Kongsi Kisah Hantu Yang Menyerupai Dato Seri Vida-"Nak Gelak Ke Tak"
datuk seri vidadsv
https://lomp.at/xpu77
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

  5. 5

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara