• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Artis Wanita Popular Perampas Suami Orang? Adik Ipar Dedah Perangai Sebenar

Bekas penyanyi wanita berkumpulan popular dikatakan sebagai seorang "mata duitan dan pemecah belah rumah tangga orang".

by Naddy Joe
July 9, 2021
Share on Facebook

Baru-baru ini menerusi media sosial, seorang netizen telah mendakwa bahawa seorang pelakon dan bekas penyanyi wanita berkumpulan popular suatu ketika dahulu dikatakan sebagai seorang “mata duitan dan pemecah belah rumah tangga orang”.

Walaupun netizen ini ada menyebut nama artis tersebut, kami mengambil langkah menyembunyikan identitinya bagi menjaga privasi untuk semua pihak.

Main Cinta Ketika Abangnya Masih Mempunyai Isteri

Netizen ini mendakwa artis tersebut bermain cinta dengan abangnya ketika masih mempunyai isteri.

“** mula bermain cinta, padahal my brother was still married his wife. Bila tengah hangat bercinta tu, tiba2 my brother decided nak berpisah dengan wife dia. Angkara siapa? Wallahualam. Korang baca story ni sampai habis then you can judge.”-Netizen

Tersebar Berita Rampas Suami Orang Selepas Berkahwin

Gambar Sekadar Hiasan, Foto: The Independent

Tidak lama selepas artis wanita ini berkahwin dengan abang netizen ini, tersebar berita bahawa bahawa pelakon ini merampas suami orang, namun ditentang dengan keras oleh pelakon wanita tersebut.

“Tak lama tu dorang kahwin, and ada keluar berita dia rampas suami orang. Which is 100% true. Dia tentang sekeras-kerasnya dia cakap my brother duda. Padahal dia tahu the facts. Mentang-mentang pilot, main sauk je ke?”-Netizen

“Kalau 3 bulan Takleh Fly, Maknanya Kitorang Makan Pasir Jelah”- Pelakon Wanita

Gambar Sekadar Hiasan, Foto: The Independent

Selepas dikatakan berkahwin senyap-senyap, suami kepada pelakon ini yang bekerja sebagai juruterbang dikatakan harus menjalani pembedahan thyroid (tekak), dan tidak boleh bekerja selama hampir 3 bulan.

“Few months after kahwin, my brother kena operate thyroid (tekak), dalam 3 bulan kot tak boleh kerja. Masa kiteorang melawat kat hospital, tanya macam mana keadaan my brother. Dia jawab macam ni lah keadaan dia, kalau 3 bulan tak boleh fly, maknanya kiteorang makan pasir jelah.”-Netizen

Mula “Korek” Pasal Bisnes & Harta Ibu Mertua

Sedikit demi sedikit pelakon dan bekas penyanyi wanita berkumpulan popular mula menunjukkan belang dan dikatakan mula sibuk mengambil tahu mengenai bisnes dan harta ibu mertuanya.

“Sikit-sikit dia makin tunjuk belang. Baru kahwin few months, dia sibuk korek2 pasal business & harta my mum. Dia suka korek2 dari staff my mum (someone close to my family”-Netizen

Pelakon wanita juga dikatakan mula melaga-lagakan antara adik-beradik suaminya dan berkata ibu mertuanya bersikap tidak tidak adil terhadap anak-anak.

“Mula dah permainan dia. Dia start domba laga2 kan kiteorang adik beradik. Dia cakap my mum tak adil dengan anak sendiri. Sebab adik beradik lain semua ada business letak nama masing2, sedangkan husband dia tak dapat apa2.”-Netizen

Merendah-rendahkan Suami Depan Ibu Mertua

Netizen ini turut menambah bahawa pelakon ini turut menjatuhkan suaminya di hadapan ibu mertua setiap kali berbual.

“Tiap kali sembang dengan my mum, asyik menjatuhkan suami dia, cakap keburukan suami dia depan my mum. Sikit2 orang sabar, lama2 orang menyirap. Dari situ kiteorang mula menyampah dengan dia, baru masuk family dah sibuk2, nak atur hidup orang, nak tahu semua benda, baru kahwin, dan tunjuk biadab.”-Netizen

Busuk Hati Dengan Bekas Isteri Suaminya

Pelakon ini turut dikatakan sangat busuk hati dengan bekas isteri suaminya dan risau suaminya akan kembali semula kepada bekas isterinya itu.

“Dia sangat busuk hati dengan abang i punya ex wife. Eh dia yang rampas laki orang, dia nak menggelupur kenapa? Dia risau ex wife abang i selalu datang rumah kiteorang, takut abang i terpikat balik kot kat ex wife dia. Hello, dah anak diorang (nephew) tu kiteorang yang jaga, mestilah mak dia selalu datang sini. Sebab kiteorang jenis hidup tak bermusuh.”-Netizen

Netizen ini turut menambah bahawa pelakon wanita berusaha memburukkan bekas isteri suaminya untuk dibenci oleh semua orang.

“Punyalah dia usaha macam2 nak burukkan ex wife abang i ni. Nak bagi kiteorang semua benci kat dia. Sebab apa? Sebab dia rasa insecure, dia rasa selagi kiteorang bercontact dengan ex wife abang i selagi tu kiteorang tak boleh terima dia dalam hidup kiteorang. Padahal, perangai dia tu yang kena ubah, buat la perangai elok bila masuk keluarga orang. Baru orang boleh terima.”-Netizen

Fitnah Disihir Ibu Mertua

Gambar Sekadar Hiasan, Foto: BH Online

Pelakon wanita ini turut dikatakan telah memfitnah ibu mertuanya melakukan sihir terhadapnya.

“Tahun 2020, awal tahun tu, my brother kena kerja kat oversea kejap for few months. So ada satu hari, kiteorang nak melawat la ** dengan ** kat rumah dorang. Masa birthday ** yang lepas kiteorang tak sempat beli hadiah, so kiteorang belikan hadiah. Petang tu kiteorang pergi Pavilion, my mom cakap beli rantai emas la. Maghrib tu terus pergi rumah dia bagi rantai tu. Few months lepas tu, abang i balik Malaysia, tanya la nak tengok rantai tu, dia kata dia dah jual rantai tu. Sebab dia pergi tengok kat Ustaz, rantai tu ada benda tak elok, and benda tu datang dari family i. Kira dia nak kata kiteorang hantar sihir pada dia la.”-Netizen

Macam-macam lah cerita yang keluar pasal artis wanita ini. Tapi sebagai pembaca kita belum tahu kesahihannya. Walaubagaimanapun, artis wanita ini memang dikenali dan kalau dalam drama, dia sering membawa watak wanita lembut. Baru-baru ini, artis wanita ini turut menjadi sebutan kerana gosip kononnya dia menjalinkan hubungan intim dengan seorang pelawak popular.

https://lomp.at/c41pf
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Dr Fie, bekas isteri penyanyi Nubhan, baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila mencuba jering masakan pelakon era 90an,  Datin Paduka...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Salah Faham Koc KTM Cetus Perdebatan, Niat Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

by Iffah Najwa
January 6, 2026

Satu perkongsian di Thread baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila memaparkan insiden salah faham melibatkan penggunaan mixed coach dan women...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Misteri Kepala Medusa Mengiring ‘Disembunyikan’ Di Bawah Hagia Sophia Selama 1,500 Tahun

by Phic ARMAN
January 6, 2026

Bulan November 2025 lalu, Istanbul menyambut rombongan media Malaysia dengan tangan terbuka… dan sedikit kabus misteri. Kami tiba dengan penerbangan...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  2. 2

    Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

  3. 3

    Salah Faham Koc KTM Cetus Perdebatan, Niat Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    Misteri Kepala Medusa Mengiring ‘Disembunyikan’ Di Bawah Hagia Sophia Selama 1,500 Tahun

  5. 5

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore