Saturday, June 28, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

5 Fakta Tentang Pemergian Benjy Ibrahim, Pernah Mengadu Cara Layanan Di Penjara Medan

by Phic ARMAN
July 11, 2021
528
KONGSIAN
Share on Facebook

Berita bekas pelakon, Benjy Ibrahim meninggal dunia pagi tadi mengejutkan dunia seni tanah air tidak terkecuali dari negara seberang.

Pemergian Benjy pada usia 42 tahun akibatsakit  asma diratapi semua sahabat dan rakan artis yang turut mengucapkan salam takziah buatnya. Berikut 5 fakta tentang kematian Benjy yang kami rangkumkan dari pelbagai sumber.

Meninggal Dunia di Medan, Indonesia

Menurut laporan dari Astro Awani, anak lelaki kepada Allahyarham Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia pada hari ini, Ahad 11 Julai 2021.

Selepas mendengar khabar berita duka ini, difaham ayah Benjy, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi sedang mendapatkan bantuan dari pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia untuk pengurusan jenazah.

Sudah Lama Mengalami masalah asma

Sebelum pemergian Benjy, Setiausaha Agung Seniman, Mohd Hafiz Mohd Nafiah sempat menghubungi aktor berbakat ini. Katanta Benjy mengalami masalah asma dan alat sedut (inhaler) yang dia perlukan kosnya agak mahal di sana.

Menurut Hafiz, harganya sekitar RM300 dan pihak penjara tidak menyediakan ubat ini kerana jenis yang digunakan itu bukan seperti biasa.

Mula Merasa Tertekan Di Penjara Medan Indonesia

Seperti yang dilaporkan di Astro Awani, pada Disember 2018, Presiden Seniman, Zed Zaidi pernah melawat Benjy di penjara berkenaan. Ini disusuli kunjungan Mohd Hafiz yang memberi sumbangan kepada pelakon terbabit, April tahun 2019.

Dalam pertemuan itu, Hafiz  bimbang akan kesihatan mental Benjy yang telah lebih tiga tahun menerima hukuman di penjara itu. Kataya, pada masa itu Benjy dikatakan dia agak tertekan . Ini kerana penjara di sana sangat berbeza jika dibandingkan dengan fasiliti, keselesaan  dan cara layanan dan sebagainya di Malaysia.

Hukuman 11 Tahun Penjara

Untuk info, Pada 18 Oktober 2017, Benjy dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun tiga bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Medan, Indonesia. Benjy dituduh memiliki dadah jenis methaphetamine seberat 4.5 gram yang disembunyikan pada bahagian duburnya.

Meninggalkan Anak Berusia 16 Tahun

Benjy merupakan seorang pelakon lelaki popular pada era 90an di Malaysia. Beliau merupakan anak lelaki tunggal pelakon dan dramatis terkenal, Allahyarhamah Azean Irdawaty. Benjy mula dikenali sebagai pelakon sejak zaman kanak-kanak lagi iaitu melalui filem Perempuan (1988).

Dia berkahwin dengan Safiya Stephanie Kar-Leng Leen namun bercerai pada tahun 2013 dan mempunyai seorang anak, Firdaus Juan Benjamin berusia 16 tahun.

Al-Fatihah…

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/btkjk
Share211Tweet132SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terkejut Marsha ‘Speaking English’-“Sedap Dengar Accent Dia Tu”

  5. 5

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem