Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Issey Gagal Tahan Sebak, Ucap Selamat Tinggal Kepada Suria FM

Ajak Shiro dan Fizi Ali turut gagal menahan perasaan sebak

by Khai Azfar
July 16, 2021
Share on Facebook

Hari ini,pendengar setia trio segmen Team Pagi Suria dikejutkan dengan berita sedih mengenai salah seorang penyampainya, Issey yang mengucapkan selamat tinggal kepada stesen radio tersebut.

Issey Tidak Sambung Kontrak 

Menerusi kenyataan media yang dilanjutkan kepada pihak Murai.my sebentar tadi, Issey atau nama sebenarnya Fazlisham bin Mat Hussin telah membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak perkhidmatannya yang bertarikh 31 Julai 2021 bersama stesen radio Suria FM.

Suasana Sedih Jam Terakhir Team Pagi Suria

Difahamkan, hari ini merupakan tarikh akhir Issey ke udara bersama Suria memandangkan dia akan menghabiskan cutinya yang masih berbaki. Menjengah ke hantaran terkini Issey, suasana sedih menyelubungi jam terakhir segmen itu apabila dua lagi rakan penyampainya, Ajak Shiro dan Fizi Ali gagal menahan perasaan sebak apabila kedua-duanya berkongsi kenangan bersama Issey selama tiga tahun bersama. Malah menurut Ajak, ini adalah kali pertama dia menangis di corong radio dan di hadapan Issey kerana menghargai persahabatan dan pengorbanan sahabatnya.

View this post on Instagram

A post shared by Issey Fazlisham (@isseyfazlisham)

Bagi Fizi pula, dia begitu senang bekerjasama dengan selebriti serba boleh itu dan menghormati keputusannya untuk berundur. Begitu juga dengan pihak Suria yang turut menghormati keputusan Issey yang mempunyai perancangan kerjayanya tersendiri di dalam dunia hiburan serta mengucapkan terima kasih di atas khidmatnya.

Ketika ini, Suria FM turut memaklumkan tiada perancangan mengenai siapa yang bakal menjadi pengganti Issey dan segmen Team Pagi Suria akan kekal ke udara bersama Ajak dan Fizi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Isseysuria fm
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    Air Dah Berasap, Tapi Masih Kata Tak Panas! Kisah Pelanggan Cerewet Buat Ramai Geleng Kepala

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara