Pelanduk dua serupa! Mungkin ini adalah ungkapan yang paling sesuai untuk mereka. Ini kerana, wajah anak-anak selebriti Bollywood ini begitu mirip dengan ibu bapa mereka. Tidak hanya memiliki wajah yang sama, mereka juga aktif dalam bidang yang sama. Siapakah mereka yang kami maksudkan? Jom kita tengok!
1. Abram Khan
Dia sangat comel! Banyak yang setuju kalau Abram Khan dikatakan sama dengan wajah ayahnya, Shah Rukh Khan. Dia juga mewarisi kelebihan seperti ayahnya iaitu ada lesung pipit! Abram Khan sering dilihat bersama Shah Rukh Khan dalam majlis-majlis tertentu dan mereka gemar menyaksikan perlawanan bola sepak.
2. Taimur Ali Khan
Taimur Ali Khan yang dikatakan antara anak yang paling comel di dunia. Ayahnya, Saif Ali Khan dan ibunya, Kareena Kapoor adalah antara artis dan pelakon yang sangat berbakat. Ramai peminat bersetuju bahawa wajah anak kecil ini sangat mirip dengan kedua ibu dan bapanya. Nama Taimur juga sangat popular dan sering menjadi sebutan di kalangan media kerana kecomelannya.
3. Ibrahim Ali Khan
Ibrahim Ali Khan juga adalah anak kepada pelakon kacak, Saif Ali Khan. Ianya memang tidak dapat disangkal lagi. Dia bukan saja mewarisi ketampanan dari bapanya bahkan dia juga berbakat di dalam dunia lakonan sama seperti bapanya. Segak kan?
4. Aazad Rao Khan
Aazad Rao Khan adalah anak kepada pelakon kacak, Aamir Khan. Dia dikatakan memiliki wajah yang sama seperti kedua-dua ibu bapanya iaitu Aamir Khan dan Kiran Rao.
5. Sara Khan
Gadis cantik ini juga adalah anak kepada pelakon kacak, Saif Ali Khan dan dia sebenarnya mewarisi kecantikan ibunya iaitu pelakon terkenal era 80-an, Amrita Singh. Mata dan bentuk wajah mereka saling tak tumpah macam ‘copy paste’. Cantik manis orangnya.
6. Aaradhya Bachchan
Anak kecil ini adalah anak kepada artis Bollywood Abishek Bachchan dan Aishwarya Rai. Ibunya adalah salah seorang wanita yang paling cantik di dunia. Kecantikan Aaradhya memang tidak jauh berbeza dengan ibundanya. Banyak yang bersetuju dengan kenyataan ini. Aardhya Bachchan juga sangat aktif di sekolah. Dia juga sering dilihat bersama kedua-duanya ibu bapanya di dalam kebanyakan majlis. Jangan tak tau, dia sangat pandai bergaya sama seperti ibunya.
7. Nitara Kumar
Nitara Kumar adalah anak kepada Akshay Kumar dan Twinkle Khanna. Kecantikan Nitara Kumar sememangnya diwarisi oleh ibunya. Mereka berdua bagai saudara kembar. Kalaulah jarak usia tidak berbeza jauh, mungkin kedua mereka ini dianggap adik beradik dan Nitara juga dikatakan sangat rapat dengan ayahnya dan boleh digelar ‘daddy’s girl’.
8. Karisma Kapoor
Kecantikan Karisma Kapoor sangat mirip dengan wajah ibunya, Babita. Boleh dikatakan Karisma Kapoor umpama Babita sewaktu zaman mudanya. Karisma Kapoor juga sama sekali tidak mewarisi wajah bapanya. Randhir Kapoor. Wajahnya 100% dari keturunan si ibu dan itu membuatkan wajah Karisma Kapoor jauh berbeza dengan adiknya, Kareena Kapoor yang dikatakan lebih mirip dengan ayahnya.
9. Yug Devgn
Yug Devgn adalah anak kepada pelakon terkenal, Kajol dan Ajay Devgan. Biasanya anak lelaki akan sama seperti ayahnya, namun berbeza pula dengan Yug Devgn. Wajahnya sama seperti wajah ibunya. Lihat sahaja wajah mereka berdua, sama bukan? Jadi, tidak hairanlah kalau Yug layak digelar ‘mama’s boy’.
10. Hritik Roshan
Tidak boleh dipertikaikan lagi kalau kekacakan Hritik Roshan adalah diwarisi dari ayahnya iaitu Rakesh Roshan. Kalau dilihat wajah ayahnya sekarang, mungkin sudah berbeza. Namun ketika zaman mudanya, wajah mereka berdua saling tumpah dan sangat mirip. Kalau ingin membayangkan wajah Hritik Roshan pada masa tuanya, tidak salah rasanya untuk melihat wajah ayahnya di masa sekarang.
11. Aryan Khan
Aryan Khan merupakan anak sulung kepada pelakon Raja Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan. Wajah mereka memang sangat mirip. Lihat saja wajah mereka berdua, saling tak tumpah seperti wajah Shah Rukh Khan di zaman mudanya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.