Monday, June 30, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya Malaysia

Biadab Sungguh! Wanita Ini Tak Selesa Selepas Anggota Keselamatan PPV Johor Cakap Lucah

by Soph Azz
July 21, 2021
Foto - Keyun Jaw (Facebook) / Sinar Harian

Foto - Keyun Jaw (Facebook) / Sinar Harian

108
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau dah nama perempuan, memang tak dinafikan keselamatan mereka tidak akan dijamin 100%. Seperti wanita ini, Jaw Keyun berkongsi satu pengalaman buruknya ketika menghadiri Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk menerima vaksinasinya.

Diganggu Secara Seksual Di PPV

Dedah wanita berumur 32 tahun ini ketika dia berjalan untuk memasuki pintu utama, seorang anggota keselamatan telah meminta untuk melihat MySejahtera dan MyKad yang bertujuan untuk semakan.

Foto – Keyun Jaw (Facebook) / MKN

Selepas menyemak butirannya, anggota keselamatan tersebut telah menggunakan perkataan ‘cucuk’ sebagai pernyataan lucah dan seksual.

Tak Segan Pamer Isyarat Lucah 

Menerusi posting di Facebook, Jaw berkata anggota keselamatan tersebut menunjuk hidungnya dan bertanya sama ada dia pernah cucuk (merujuk pada swab test). Kemudiannya dia membalas tidak kerana tidak pernah melakukannya.

Foto – Keyun Jaw (Facebook)

Kemudian, anggota keselamatan tersebut meneruskan persoalannya dengan menyatakan sama ada Jaw mahu dia mencucuknya atau tidak secara seksual. Pada masa yang sama, Jaw berkata lelaki tersebut telah menunjukkan isyarat tangan yang menggambarkan hubungan seksual.

Ambil Keputusan Untuk Lapor Pada Polis 

Jaw akui ketika itu sekumpulan anggota keselamatan turut mentertawakannya dan memuji penampilannya secara seksual pada hari itu.

Foto – MKN

“Saya tahu dalam Bahasa Melayu perkataan cucuk boleh digunakan dalam ayat yang berbeza untuk menyatakan makna yang berbeza. Tetapi saya berasa sangat tidak selesa dengan jenaka tersebut.”

Tambahnya lagi, ketika itu dia terlambat untuk janji temu vaksin dan tidak sempat melihat nama atau nombor lencana anggota keselamatan yang bertugas.

Wanita itu juga berkata dia telah menceritakan hal itu pada suaminya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya dan mereka mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.

Foto – Sinar Harian

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Ismail Dollah telah mengesahkan pihaknya menerima laporan itu dan siasatan sedang dilakukan di PPV berkenaan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
jaw keyun facebookppv johor bharupusat pemberian vaksin
https://lomp.at/xf5qg
Share43Tweet27SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem