Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Uyaina Arshad Berhadapan Detik Cemas, Tayar Pecah Ketika Memandu

Dia mula menyedari sesuatu yang tidak kena pada kereta nya apabila terdengar bunyi yang sangat kuat

by Khai Azfar
July 23, 2021
Share on Facebook

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad berhadapan detik cemas apabila salah sebuah tayar keretanya pecah secara tiba-tiba ketika baru pulang dari sebuah klinik di Kuala Lumpur semalam.

Bunyi Kuat Tiba-Tiba 

Menerusi laman Instagram dan Twitter nya, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad,29 dia mula menyedari sesuatu yang tidak kena pada kereta nya apabila terdengar bunyi yang sangat kuat ketika berada dalam perjalanan pulang.

“Time keluar dari clinic, kereta okay je. Takde bunyi pelik-pelik. So I drove macam biasa. Pastu keluar KL, lalu tol. Lepas tol masuk terowong. Masuk terowong je, I sedar ada bunyi sangat kuat dan menakutkan” tulisnya

Menangis Kerana Panik 

Jelas Uyaina, pada mulanya dia hanya menyangka terdapat sesuatu yang berlaku pada enjin kereta nya namun selepas terdapat banyak kenderaan telah membunyikan hon sebagai peringatan, dia berhenti di tepi jalan untuk melihatnya.

Terkejut melihat keadaan tayar yang sudah pecah dan rabak, pengacara ini akui menangis kerana berasa panik sebelum menghubungi teman lelakinya yang juga penyanyi, Raja Syahiran untuk mendapatkan pertolongan.

“Dah lah bunyi kereta menakutkan, orang pulak hon-hon. I cuba drive lagi tapi kereta itu dah macam tak boleh jalan so I stop tepi”

“Elok je stop, I check side mirror, tahu-tahu tayar dah rabak. Dia dah jadi rambu-ramba tepi tayar itu”

“Tak okay. Sempat la menangis sekejap sebab cuak”

“Terus call @rajasyahiranmy (nak call siapa lagi.) Kalau harapkan diri sendiri, I dah call tow truck ke apa ke sebab langsung tak reti bab tukar tayar, or bab kereta langsung. I just tahu start enjin & drive je” katanya lagi

Menurut Uyaina, sebelum itu dia terfikir untuk membeli kereta baharu namun tidak menyangka kereta nya itu seakan ‘merajuk’

“Ya kesilapan paling besar. Tengah fikir dalam otak kereta apa yang best dan sesuai. Bila nak tukar walaupun bukan waktu terdekat ini sebab kereta ini baru saja beli tahun lepas.

“Dalam ralit fikir fasal nak beli kereta lain, tiba-tiba kereta ini meragam. Tapi tidak tahu apa sebab bunyi pelik itu. Ingatkan enjin, jadi saya teruskan pemanduan. Jauh juga pandu dalam keadaan tayar sudah meletup,” dedah Uyaina

https://www.instagram.com/p/CRn0WYwj8aL/

[VIDEO] Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga-"Ini Yang Terakhir.."

Di kesempatan itu, Uyaina turut berpesan kepada orang ramai agar dapat membuat pemeriksaan dengan kerap dan menyelenggara kenderaan mereka apabila tiba masanya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
uyaina arshad
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara