Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Artis Era 80-An Ditahan Kerana Amang Seksual, Netizen Mula Banjiri Akaun Penyanyi Popular

Artis itu yang juga merupakan bapa kepada penyanyi wanita terkenal telah dibebaskan kerana menghidap penyakit jantung.

by Khai Azfar
July 26, 2021
266
KONGSIAN
Share on Facebook

Bukan sekali tetapi tiga kali apabila seorang penyanyi lelaki era 80-an dituduh melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan.

Sejak Ogos 2020

Difahamkan, penyanyi tersebut yang juga merupakan bapa kepada penyanyi wanita terkenal telah ditahan pihak polis selepas dia dikatakan melakukan perbuatan tidak bermoral itu sejak Ogos tahun lalu.Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 3 petang pada 21 Julai lalu.

“Kejadian pertama berlaku terhadap mangsa berusia 14 tahun itu pada Ogos 2020 di rumah kawan ibunya di sebuah kondominium di Puchong Prima.

“Dalam kejadian ini, ia membabitkan seorang suspek yang dikenali sebagai atok berusia 65 tahun,” katanya ketika dihubungi portal berkenaan.

Dua lagi kejadian yang sama dilakukan suspek terhadap mangsa yang masih bersekolah di Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah di Puchong berlaku pada Oktober dan November 2020.

“Kedua-dua kejadian itu berlaku di rumah suspek di Puchong. Perkara itu (amang seksual fizikal) sekali lagi berlaku pada Januari lalu. Disebabkan takut, pengadu hanya mendiamkan diri sebelum ini,” katanya.

Netizen Mula Banjiri Ruangan Komen 

Sejurus tularnya isu tersebut,hantaran terbaharu Instagram anaknya mula dibanjiri dengan pelbagai komen daripada netizen. Bagaimanapun, menerusi carian Murai.my terkini mendapati komen-komen tersebut telah pun dipadam manakala ruangan komen turut ditetapkan pada mod terhad.

Memetik laporan portal akhbar berkenaan, Polis telah menahan suspek terbabit di perkarangan Balai Polis USJ 8, di sini, jam 11.00 malam pada 21 Julai lalu.Bagaimanapun, suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis memandangkan dia menghidap penyakit jantung.Kes itu disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Peminat Masih Percaya Naim Daniel Tidak Bersalah!
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Source: Harian Metro
amang seksualpenyanyi lelaki ditahan
https://lomp.at/yodzi
Share106Tweet67SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem