Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Netizen Tak Boleh Hadam Remaja Bawah Umur Disaman Guru RM1 Juta

by Puteri Alia
August 5, 2021
Foto - Instagram/Twitter @ant33ater

Foto - Instagram/Twitter @ant33ater

Share on Facebook

Tular mengenai isu tuntutan saman RM1 juta yang perlu di bayar Ain Husniza kepada guru sekolahnya, kerana didakwa menyebarkan fitnah di media sosial.

Rata-rata orang ramai berasa terkejut dengan notis tuntutan yang perlu dibayar oleh Ain, sedangkan remaja sekolah tersebut bersuara untuk menyebarkan kesedaran kepada remaja sekolah yang lain.

Apatah lagi, video rakaman TikTok yang Ain muatnaik menyatakan bahawa guru lelaki tersebut mengucapkan gurauan berbaur lucah dan rogol di hadapan pelajar.

Foto – Instagram @ant33ater

Netizen Berang Remaja Bawah Umur Disaman RM1 Juta

Ramai pengguna di Twitter meluahkan rasa geram dan marah kerana remaja sekolah bawah umur disaman, hanya kerana dia bersuara mengenai gangguan seksual yang diucapkan oleh guru sekolah tersebut.

“Maksudnya ramai orang Malaysia ‘generalize’ gurauan rogol la. Kalau tanya mana-mana perempuan semua pernah kena gangguan seksual. Dekat sekolah, universiti, tempat kerja, tempat awam. Masalahnya orang anggap benda tu normal, kalau kena rogol pun salahkan mangsa” ciap pengguna pertama

Foto – Twitter

“Masih lagi tak boleh memahami isu Ain kena saman RM1 Juta oelh cikgu sendiri sebab “fitnah”. Ain langsung tak pernah sebut nama dan sekolah mana. Ya Allah, harap-harap lah kes ni Ain menang. Kalau cikgu tu menang, habislah pelajar yang kena gangguan akan datang” ciap pengguna kedua

Bukan itu saja, ramai warganet berasa terkejut kerana rupanya ramai rakyat Malaysia yang menyokong gurauan rogol yang diucapkan guru tersebut.

“Yang sokong cikgu tu buat lawak rogol, kau orang memang perosak generasi” ciap pengguna ketiga

“Dekat Facebook ramai yang sokong cikgu tu” ciap pengguna keempat

Foto – Twitter

“Teruk juga lah Malaysia ni. Budak tu dedah  pasal cikgu dia buat lawak rogol dan tu dikira gangguan seksual kot. Tapi tiba-tiba dia kena saman, bukan sikit tapi 1 juta. Aku harap boleh lah lawan balik RM50 juta ke, padan muka cikgu tu” ciap pengguna kelima

Selain itu, warganet juga menyatakan lawak berkaitan rogol adalah tidak lucu dan dalam masa pengguna Twitter juga menyedari ramai warga tua dan lelaki berasa gembira apabila remaja sekolah Ain Husniza disaman oleh guru sekolahnya.

“Lawak rogol tak pernah lawak” ciap pengguna keenam

“Kebanyakan yang gembira bila budak tu kena saman adalah golongan tua dan lelaki. Lagi-lagi dekat Facebook tu hah. Rasa tak selamat dah duduk Malaysia” ciap pengguna ketujuh

Foto – Twitter

“Apa? Pemberi maklumat dan juga mangsa gangguan seksual di sekolah dituntut bayar ganti rugi RM1 juta? Malaysia sudah gila agaknya. Patutlah setiap kali berlakunya kes rogol, yang selalu disalahkan ialah mangsa. Gila” ciap pengguna

Semoga urusan adik Ain Husniza dipermudah

Fazura Disaman RM4.65 Juta! Ini 5 Fakta Yang Tersirat Di Sebalik Isu Tudung Ini
ain husnizaRM1 Jutasaman
https://lomp.at/ffe47
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Chef Selebriti Tegur Netizen Menggeletis Mahu Pulang Awal Di Bulan Ramadhan, Undang Kritikan Netizen!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian salah seorang chef selebriti mengundang kecaman netizen selepas memuatnaik satu hantaran di media sosial, baru-baru ini. Menerusi hantaran chef...

Read moreDetails
Lokal

Amyza Aznan Bawa Pulang Anak Ke Rumah-“Hanya Mengharap Keajaiban..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Amyza Aznan berkongsi keadaan terkini anak lelakinya, Andre Mikhail yang menghidap kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bakal...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ieda Moin & Rakan Selebriti Di Sisi Amyza Aznan, Netizen Sebak

by Naddy Joe
February 24, 2026

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial saat mengetahui anak sahabatnya...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Khairul Aming Menangis Lihat Rakyat Malaysia Kongsi Momen Masak Bersama , Netizen Bangga!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Khairul Aming meluahkan rasa sebak melihat rata-rata rakyat Malaysia yang berkongsi momen indah bersama keluarga...

Read moreDetails
Foto - nur.nilam.ortiz (FB)
Lokal

Nur Nilam Ortiz Beri Bayangan Sudah Berpisah?- “Doa Yang Baik-Baik Untuk Kami”

by Nurul A.
March 3, 2026

Hantaran video pendek usahawan Nur Nilam Ortiz di platform TikTok mencetuskan tanda tanya di kalangan warganet apabila isteri kepada pelakon...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara