Saturday, June 21, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Selepas Tauke & Sharol Shiro, Joey Daud Serta Wan Wala Pula Dituduh Jadi Bapa Ayam

Nama Joey Daud dan Wann Wala pula menjadi mangsa fikiran semberono netizen.

by Khai Azfar
August 6, 2021
48
KONGSIAN
Share on Facebook

Isu mengenai pelawak yang ditahan selepas terlibat dalam kes pemerdagangan manusia baru-baru ini masih hangat diperkatakan.

Joey Daud & Wann Wala Pula Jadi Mangsa

Manakan tidak, netizen masih lagi membuat spekulasi dan mencari-cari siapakah pelawak yang dimaksudkan berikutan fakta kes telah menyatakan suspek berusia 40-an dan berasal daripada Johor. Terbaru, selepas nama pelawak Tauke dan Shahrol Shiro dikaitkan dengan isu tersebut, nama Joey Daud dan Wann Wala pula menjadi mangsa fikiran semberono netizen.

Hanya kerana Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud berusia 45 tahun dan berasal dari Masai, Johor, nama Joey telah ‘dipetik’ oleh netizen sebagai suspek yang ditahan. Menjelaskan lebih lanjut, isteri Joey yang juga pelakon dan penyanyi, Watie Sadali berkata suaminya turut menjadi mangsa spekulasi netizen.

“Yer, suamiku juga menjadi mangsa sebab orang Johor dan pelawak” tulis Watie di Insta-story nya

Wann Terkilan 

Bagi Wann Wala pula, dia berasa terkilan apabila namanya turut dituduh sebagai suspek isu tersebut. Menerusi laman Instagram nya, dia berterima kasih kepada pihak media kerana menjelaskan lebih lanjut mengenai dakwaan tersebut. Enggan mengambil pusing akan isu tersebut, menurut pelawak yang berasal dari Kota Belud, Sabah ini dia mengharapkan agar peminatnya mendoakan segalanya berada dalam keadaan baik.

“Kalau itu cara yang buat anda selesa teruskan saja..
Saya tak jual ayam..ayam ini sedap di makan di musim pkp..kita doa yang baik-baik saja ya geng..”tulis Wann

View this post on Instagram

A post shared by WANNWALA (@wannwala7)

Untuk info, pelawak terkenal tersebut dibebaskan dengan jaminan polis pada Selasa selepas ditahan sejak Ahad bagi membantu siasatan kes. Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata siasatan kini masih berjalan seperti biasa sebelum ia diserahkan sepenuhnya kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya.

“Selepas keterangan individu berkenaan diambil, kita telah membebaskannya pada semalam.

“Bagaimanapun siasatan lanjut tetap dijalankan seperti biasa sebelum kes itu dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP),” katanya pada portal berita tersebut

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki dipercayai pelawak berusia 40an ditahan di sebuah hotel di Kuala Pilah menerusi serbuan Ops Pintas. Difahamkan, polis turut berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau sewaktu serbuan berkenaan. Lelaki tersebut turut dikenakan kompaun atas kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Joey Daudpelawak bapa ayamWann Wala
https://lomp.at/x8jbd
Share19Tweet12SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem