Aktres Bollywood, Kareena Kapoor telah menerima kritikan setelah mendedahkan nama bayinya yang baru lahir, Jehangir Ali Khan.
Dipetik dari Hindustan Times, Kareena Kapoor telah mendedahkan nama anak kedua dalam bukunya, Kareena Kapoor Khan’s Pregnancy Bible,
https://www.instagram.com/p/CSURbrCFz2d/
Menerima Kritikan Netizen India
Setelah Kareena Kapoor mendedahkan nama anaknya, beliau menerima pelbagai kritikan, dan ada yang menganggapnya sebagai sekularisme. Rata-rata netizen berang kerana nama yang digunakan oleh Kareena Kapoor adalah Jehangir, nama seorang maharaja Mughal yang biadab yang memenjarakan Guru Sikh ke-5, Guru Arjan, yang diseksa dan dihukum mati.
“Terlalu banyak sekularisme..Pertama Taimur, sekarang Jehangir Ali Khan”-Netizen
“Jehangir bersekongkol menentang Pancham Pita”-Netizen
“Bayangkan seorang Kapoor Punjabi menamakan anaknya sebagai Jehangir yang menyeksa dan membunuh Sikh Guru Arjan dengan kejam.”-Netizen
Nama Jehangir, dieja sebagai Jahangir atau Jangir berasal dari Parsi. Jahan bermaksud alam semesta atau dunia. Nama terbut juga bermaksud “raja dunia”. Maharaja Mughal Jahangir adalah putera kepada Akbar dan memerintah kerajaan dari 1605 Masihi sehingga 1625 Masihi. Dia juga bertanggungjawab di atas penjarakan dan pembunuhan Guru Sikh ke-5, Guru Arjan Dev Ji.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.