Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tahniah! Fedtri Yahya Terima Anugerah Tokoh Khas Maal Hijrah

Mengiktiraf sumbangannya dalam menyampaikan mesej berunsur dakwah di media sosial

by Khai Azfar
August 13, 2021
Share on Facebook

Personaliti televisyen terkenal, Ahmad Fedtri Yahya meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Tokoh Kategori Pendakwah Kreatif 1443H (2021M) sempena dengan sambutan Program Ma’al Hijrah anjuran Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Pelbagai Sumbangan Fedtri Menyampaikan Mesej

Menerusi sebuah kenyataan, anugerah yang diterima Fedtri adalah bagi mengiktiraf sumbangannya yang aktif dalam menyampaikan mesej berunsur dakwah di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Ini termasuklah sumbangannya berkongsi ilmu ketika menjadi pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Jejak Rasul, Madrasah, Dari Masjid Ke Masjid, Sahabat Backpackers, Sebalik Malam dan Soal Rakyat dan banyak lagi.

“Ya Allah terkejut sangat dan pada masa sama bersyukur atas penghargaan ini. Kejayaan ini sebenarnya atas kerjasama pasukan yang hebat di Media Prima dalam menghasilkan karya indah seperti Jejak Rasul. Juga buat pasukan hebat dalam menghasilkan lagu- lagu berjiwa besar. Tidak lupa pasukan yang berjuang untuk menghasilkan buku-buku bermakna. Biar kecil tetapi istiqamah insya-Allah. Terima kasih rakan sekerja, sahabat- sahabat sejati dan penyokong yang sentiasa memberi kata semangat. Istimewa buat keluarga, isteri dan anak-anak tercinta yang sentiasa menjadi sumber kekuatan dan inspirasi.” ujar Fedtri

Gemar Berkarya

View this post on Instagram

A post shared by AHMAD FEDTRI YAHYA (@fedtriyahya)

Sebagai info, Fedtri yang kini bergelar penyampai radio Buletin FM juga pernah dilantik sebagai duta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Syria. Malah, figura ini turut aktif dalam bidang penulisan baik dalam penghasilan buku mahupun lagu penyanyi-penyanyi popular tanah air lagu termasuk buat Datuk Awie menerusi lagu Coretan Pilu yang menjadi lagu runut bunyi drama Ayahanda di TV3 baru-baru ini.

“Ilmu perlu dikongsi kepada semua dan saya akan terus untuk berkongsikan pengalaman dan mesej yang dapat membimbing kita menjadi insan yang lebih baik. Ilmu ini meluas. Saya pula suka berkarya dan segala ungkapan yang ingin disampaikan akan dikongsi menerusi buku mahupun lirik lagu yang lebih mudah untuk difahami dan diingati semua,” jelasnya

Antara kejayaan lain yang pernah diperoleh Fedtri ialah merangkul Anugerah Majalah Terbaik: Sahabat Backpackers dan Anugerah Suntingan Terbaik (Mana Kawan Adik) menerusi Anugerah Skrin 2019 serta Rancangan Bual Bicara Terbaik MHI (Anugerah Skrin 2014). Fedtri juga merupakan Duta Malaysia For Syria, Ikon Akademik NCER USM dan Karyawan Seni USIM.

Program Ma’al Hijrah yang bertemakan Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti itu turut menobatkan Anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Mejar Jeneral Dato’ Haji Kamaruddin Bin Haji Mamat (B), Anugerah Tokoh Khas Kategori Frontliner kepada Dr Ismuni Bin Bohari (Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan) dan Roslee Bin Ali (Penggali kubur di tanah perkuburan Raudhatul Sakinah), Anugerah Tokoh Khas Kategori Korporat iaitu Dato’ Dr. Haji Ramly Bin Mokni dan Anugerah Tokoh Khas Kategori Mualaf Nurmaisarah Leong Yoke Keen (Pembantu Mubaligh, Bahagian dakwah JAKIM).

Ahmad Fedtri Yahya
https://lomp.at/gbvkc
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @noornabila (IG)
Lokal

Noor Nabila Buka Mulut Tentang Kekasih Baru, Netizen Lega Bukan Aliff Aziz

by Nurul A.
February 5, 2026

Usahawan dan pempengaruh gaya hidup, Noor Nabila kembali mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar mesranya bersama seorang jejaka. Menerusi...

Read moreDetails
Lokal

Dua Legasi, Satu Rantaian Kasih HABIB & Datuk Sri Siti Nurhaliza

by Naddy Joe
March 1, 2026

HABIB, jenama barangan kemas yang telah menjadi sebahagian daripada detik bermakna rakyat Malaysia sejak lebih enam dekad, dengan bangganya menampilkan...

Read moreDetails
Foto - @morosechild (IG)
Lokal

Berang Bapa Tiri Dituduh Penagih, Puteri Balqis Cabar Cari Bukti

by Nurul A.
January 28, 2026

Pelakon Puteri Balqis Ashikin kembali menjadi tumpuan ramai selepas tampil mempertahankan bapa tirinya, Farris, yang dikaitkan dengan dakwaan bahawa lelaki...

Read moreDetails
Foto - @aisharetno02 (IG)
Lokal

“Enam Tahun Saya Terima Ugutan Bun*h, Body Shaming”- Aisha Retno

by Nurul A.
February 19, 2026

Penyanyi Aisha Retno mencuri perhatian ramai selepas meluahkan perasaan kesal dan terkesannya apabila menerima pelbagai komen negatif susulan persembahannya di...

Read moreDetails
Lokal

“Bila Kita Terburu-Buru Untuk Berkata Dengan Perasaan Marah…”-Mia Sara

by Naddy Joe
February 19, 2026

Pelakon, Mia Sara mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memberikan kenyataan yang melibatkan kemelut dirinya bersama pelakon, Puteri Balqis. Mia Sara...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara