Wednesday, June 18, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Jom Intai Lokasi Menarik Bagi Mengenang Jasa Ahli Sukan Terkenal Negeri Selangor

by Aphit J.
August 15, 2021
Share on Facebook

Acara Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru saja melabuhkan tirai baru-baru ini. Tahniah diucapkan kepada semua ahli kontigen Malaysia yang telah terlibat.

Seiring dengan itu, Tourism Selangor juga turut menyenaraikan 3 ahli sukan terkemuka dari Negeri Selangor dan tempat-tempat yang boleh dilawati di sekitar Negeri ini untuk mengenang jasa dan legasi mereka dalam arena sukan Negara dan antarabangsa.

Dato’ Mokhtar Dahari

via Selangor Kini

Pemain bola sepak lagenda yang berasal dari Negeri Selangor ini telah dilahirkan pada 13 November 1953. Dato’ Mokhtar Dahari atau juga dikenali sebagai Supermokh terkenal dengan kehandalan dan kemahirannya dalam sukan bola sepak.

Bagi peminat Dato’ Mokhtar Dahari dan peminat bola sepak yang lain, anda boleh kunjungi Muzium Bola Sepak Selangor yang terletak di Istana Alam Shah Klang untuk memperingati jasa bintang bola sepak ini serta menerokai sejarah dan koleksi bola sepak yang dikumpulkan sendiri oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Arumugam Rengasamy

via Selangor Kini

Datuk R Arumugam yang juga dikenali sebagai ‘spiderman’ telah membantu pasukan bola sepak Negara Malaysia dalam Sukan Asia 1974 di Tehran, kelayakan dalam Sukan Olimpik Moscow 1980 dan pelbagai lagi.

Menurut Tourism Selangor, sempena memperingati jasa beliau, Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Majlis Perbandaran Klang telah menukar nama Stadium Jalan Pekeliling, Port Klang kepada Stadium Mini Datuk R Arumugam.

Adik Beradik Sidek

via Tourism Selangor

Siapa yang tidak kenal dengan jaguh legenda badminton Malaysia; adik beradik Sidek. Adik beradik pernah menempa nama dalam sukan badminton dalam pelbagai arena berprestij termasuk Sukan SEA, Grand Prix Badminton Dunia, Piala Thomas dan juga Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England.

Bagi peminat badminton anda boleh membuat lawatan ke Tugu Badminton Anak-anak Sidek yang terletak di Pekan Banting di dalam kawasan perumahan Dato’ Haji Sidek. Tugu itu dibina sebagai memperingati jasa dan sumbangan keluarga Sidek dalam mengharumkan nama Negara di arena badminton di peringkat domestik dan antarabangsa.

3 ahli sukan Negeri Selangor yang berjaya menempa nama di persada sukan dunia ini tidak harus dilupakan jasa dan pencapaian hebat mereka. Oleh itu, jika anda berkelapangan, lawati tempat-tempat yang telah disenaraikan di atas pada suatu masa hadapan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Adik Beradik SidekArumugam Rengasamysukan Negara dan antarabangsa. Dato’ Mokhtar Dahari
https://lomp.at/gy8qu
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Netizen Puji Keluarga Datuk Aliff Syukri-“Walaupun Kaya Tetap Merendah Diri”

  2. 2

    [VIDEO] Datin Alyah Perjelas Isu Anak Angkat-“Dia Mahram Dengan Tok Ram”

  3. 3

    [VIDEO] ‘Me Time’ Di Salun Rambut, Wajah Jelita Tunku Aminah Disamakan Dengan Pelakon Jepun

  4. 4

    [VIDEO] Gelagat Budak Kecil Berdoa Di Kubur Undang Ketawa Ramai- “Adik Lambat Sikit Je Doa”

  5. 5

    Bella Astillah Mohon Maaf Isu Mesra Dengan Syed Saddiq-“Hanya Kerja, Bukan Cinta”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem