Penyanyi terkenal, Yunalis Zarai atau Yuna, telah dipilih sebagai wajah rasmi oleh myIOU iaitu sebuah syarikat fintech dan kewangan digital.
myIOU -servis perkhidmatan kewangan
Pada yang tidak tahu, myIOU adalah servis perkhidmatan kewangan terbaru yang menawarkan khidmat Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later) sesuai dan mudah untuk para peniaga dan usahawan atas talian dengan adanya pilihan pembayaran fleksibel yang pasti akan menarik ramai pelanggan dan pengguna.
Kerjasama Yuna dan myIOU sebenarnya membuka ruang kepada rakyat Malaysia mendapatkan kemudahan BNPL (Beli Sekarang Bayar Kemudian) sebagai satu kaedah pembayaran pembelian alaf baru disamping mempromosikan manfaat BNPL ini kepada peniaga-peniaga dan juga pelanggan-pelanggan tempatan demi membantu rakyat Malaysia dikala negara sedang dilanda kemarau pandemik pada masa ini.
Yuna bukan sahaja terkenal di Malaysia malah di Amerika Syarikat sudah pasti akan dapat membantu myIOU memperkenalkan perkhidmatan dan kemudahan pembayaran yang mereka sediakan dikalangan pelanggan dan usahawan di rantau ini nanti.
Christopher Kok, Regional Commercial Officer dari pihak IOUpay berkata,
“Yuna dipilih bukan hanya kerana beliau adalah seorang ikon orang ramai, tetapi kemampuan beliau mengeratkan jurang pelanggan dengan perniagaan-perniagaan tempatan demi membantu mereka mengembangkan lagi sayap perniagaan dikala musim pandemik ini. Sebagai pemain peranan utama industri BNPL di Malaysia, kami selalu mencari pihak-pihak yang mempunyai misi dan visi seperti kami.
Gabungan Yuna dan myIOU sangatlah sesuai kerana nilai-nilai yang dibawa kedua-dua pihak adalah amat selari dengan matlamat kami untuk menjadi pemain utama dalam industri transaksi kewangan digital di rantau Asia Tenggara”
Melalui kerjasama ini, Yuna akan mewakili myIOU dalam kempen-kempen dan aktiviti-aktiviti promosi secara atas dan bawah talian melalui pelbagai jenis media.
“Ramai yang tahu saya memang gemarkan jenama-jenama tempatan sama ada kecil atau besar sejak dari dahulu lagi. Saya akan kongsikannya dengan keluarga dan para peminat, tapi saya rasa cara itu masih belum lagi boleh dianggap menyeluruh.
Dewasa ini, banyak usahawan tempatan mengalami kekangan kewangan dalam memastikan perniagaan mereka terus berkembang. ”- katanya.
Tambah Yuna lagi, kerjasama dengan myIOU adalah masa yang tepat kerana dia sedang mencari peluang untuk membantu para usahawan demi kelangsungan perniagaan. Penyanyi berusia 34 tahun ini bersama-sama pihak myIOU berharap dapat menarik orang ramai untuk mengambil peluang menggunakan perkhidmatan Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later/BNPL ) oleh pihak myIOU.
Bakal Terbang Ke Amerika Syarikat
Untuk perkembangan terkini dalam dunia muzik, Yuna memberitahu dia akan kembali ke Amerika Syarikat untuk album terbarunya.
“Saya akan kembali ke LA dan meneruskan kerja-kerja pembikinan album terbaru saya. Insya Allah ianya akan dilancarkan pada hujung tahun ini! Dan saya akan memastikan untuk berulang-alik ke Malaysia demi memastikan kesejahteraan keluarga saya sentiasa terpelihara.”- katanya
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.