Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Restoran Ini Beri Ganjaran Makanan Percuma Seumur Hidup Untuk Atlet Malaysia Di Sukan Olimpik Tokyo 2020

by Phic ARMAN
August 17, 2021
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Sukan Olimpik Tokyo 2020 telahpun melabuhkan tirainya, dan seluruh rakyat Malaysia cukup berbangga dengan kejayaan kontinjen Malaysia. Siapa sangka, usaha dan kegigijan kontinjen Malaysia telah mendapat perhatian syarikat swasta dan menghargai kejayaan mereka mengharumkan nama negara.

Bukan dalam bentuk wang tunai, tetapi sebanyak 30 olimpian di Tokyo ini bakal mendapat ganjaran makan percuma seumur hidup. Biar betul? Ya, ini lah yang dijanjikan oleh sebuah restoran terkemuka, Teh Tarik Place kepada para kontinjen Malaysia. Teh Tarik Place mengumumkan untuk memberikan ganjaran seumur hidup secara percuma berupa teh tarik dan produk makanan kepada semua wira negara ini.

Dalam satu kenyataan media dikeluarkan, Teh Tarik Place yang mempunyai lebih 14 cawangan di seluruh negara dan dua di Brunei menyatakan sumbangan mereka itu selain mengharapkan semua rakyat Malaysia terus menyatakan sokongan kepada atlet negara yang sudah menaikkan nama negara di persada dunia.

Foto: Kosmo

“Kami ingin menyampaikan satu pesanan kepada semua atlet Malaysia, walaupun ada yang meragui, kami tetap mengakui pengorbanan, semangat, dedikasi dan kesukanan yang ditunjukkan oleh atlet di sepanjang Sukan Olimpik ini berjalan,” kata Pengerusi Eksekutif Techna-X, Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja’afar.

Teh Tarik Place adalah anak syarikat kepada Craveat International dan rakan francais rasmi untuk rangkaian makanan kasual antarabangsa, TGI Fridays di Malaysia dan di China.

Craveat International juga adalah sebahagian daripada kumpulan syarikat yang dimiliki oleh Techna-X Berhad, sebuah syarikat awam yang tersenarai dan diperdagangkan di dalam Bursa Malaysia sejak tahun 2007.

Ketika Olimpik Tokyo 2020 berlangsung,  Malaysia melakar sejarah apabila berjaya mendapat satu pingat perak dalam acara keirin berbasikal trek menerusi Datuk Azizulhasni Awang manakala gangsa diraih beregu badminton lelaki, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.

Tunku Naquiyuddin dan Yew Jin dalam pada itu turut mengharapkan lebih banyak organisasi swasta dapat bersama-sama dengan mereka bagi menghargai sumbangan yang diberikan atlet negara di pentas dunia.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Teh Tarik Place
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Foto - @msocialresortpenang (IG)
Selera

Taste of Malaysia, M Social Resort Penang Perkenalkan Bufet Sempena Hari Malaysia!

by Nurul A.
September 4, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada bulan ini, M Social Resort Pulau Pinang (Penang) menjemput kamu untuk datang bersama-sama dan...

Read moreDetails
Foto - YAKIGO
Selera

YAKIGO Kini Di Ombak KLCC, Bawa Gaya Jalanan Jepun Dengan Sentuhan Malaysia

by Nurul A.
September 14, 2026

Konsep baharu makanan jalanan Jepun, YAKIGO kini hadir di Kuala Lumpur. Beroperasi di Ombak KLCC, YAKIGO, sebuah jenama yakitori moden,...

Read moreDetails
Secret Recipe
Selera

Secret Recipe Sambut Ulang Tahun Ke-29 Dengan Kejutan Manis

by Nurul A.
October 26, 2026

Bulan Oktober menjadi lebih manis di Secret Recipe! Sempena ulang tahunnya yang ke-29, rangkaian kafe kegemaran rakyat Malaysia ini membawakan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara