Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Malaysia

Ahli Parlimen Pilih Dan Calonkan PM Ke-9 Guna WhatsApp, Seriuslah?!

by Soph Azz
August 17, 2021
Foto - Forbes

Foto - Forbes

Share on Facebook

Seperti yang tular di media sosial Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun telah mengeluarkan notis kepada semua ahli Parlimen. Menerusi notis itu, Speaker meminta setiap ahli untuk menghantar surat akuan iaitu satu nama calon Perdana Menteri (PM) ke-9.

Calonkan Melalui 3 Kaedah Termasuk WhatsApp?

Setiap ahli Parlimen diminta untuk menghantar surat akuan tersebut dengan segera pada Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebelum 4 petang esok (18/7/2021).

Foto – Twitter

Tambah Speaker, dia meminta ahli Parlimen untuk tidak menghantar surat akuan secara fizikal. Malah mereka perlu serahkan melalui 3 kaedah iaitu faks, e-mel dan WhatsApp.

Foto – Astro Awani

Untuk pengetahuan kamu dalam surat akuan tersebut, setiap ahli Parlimen perlu mengenal pasti dengan jelas siapakah calon yang sesuai untuk dijadikan sebagai PM ke-9.

Netizen Beri Reaksi 

Melihatkan WhatsApp digunakan sebagai salah satu kaedah untuk menghantar surat akuan dalam pemilihan PM, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai jenis reaksi.

Ada yang menyatakan YDPA ingin melantik PM ke-9 dengan segera untuk menyelesaikan ‘masalah’ pandemik.

Foto – Twitter

Malah ada juga yang bertanya bagaimana proses pemilihan ini dijalankan dengan telus.

Foto – Twitter

“Macam melantik ketua kelas.”

“Ini macam nak pilih siapa yang tersingkir dalam Suvivor series. Pilih PM ni macam realiti tv ke?”

Foto – Twitter

Ada juga yang berharap agar YDPA dan ahli Parlimen memilih calon yang sesuai dan terbaik untuk menjadi PM Malaysia yang ke-9.

Foto – Twitter

Apa-apa pun mari kita berharap agar calon PM seterusnya dapat berlaku adil dan telus dalam melakukan urusan negara terutamanya situasi pandemik sekarang.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
datuk azhar azizan harunYang di-Pertuan Agong
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara