Penyanyi rap Hollywood, Drake mendedahkan bahawa beliau adalah antara jutaan orang yang dijangkiti COVID-19 pada tahun lalu.
Rambut Gugur
Drake memberitahu bahawa beliau masih menangani kesan sampingan wabak tersebut, terutamanya keguguran rambut setelah peminatnya memuatnaik foto gaya rambut Drake terkini yang kelihatan berbeza.
“Saya pernah dijangkiti COVID dan wabak itu merebak secara pelik sehingga saya terpaksa memulakan segala-galanya semula. Jangan ia kembali lagi” komen Champagnepapi
Keguguran Rambut Sementara Adalah Normal
Menurut Healthline, pakar dermatologi, Dr Dendy Engelman memberitahu bahawa beliau sedia maklum mengenai “peningkatan 25 peratus orang mengalami keguguran rambut” sejak pandemik bermula. Akademi Dermatologi Amerika juga menyatakan bahawa selain demam, keguguran rambut sementara adalah normal yang merupakan gejala biasa bagi COVID-19.
Sekadar info, penyanyi ini telah merilis tayangan video teaser Certified Lover Boy pada Oktober 2020 dan menjanjikan Januari 2021 sebagai release date. Walaubagaimanapun, Drake terpaksa menangguhkan album keenamnya disebabkan komplikasi akibat kecederaan pada lutut.
“Saya merancang untuk merilis album saya bulan ini tetapi saya terpaksa tangguhkan kerana ingin tumpu pada pemulihan “- kongsi Drake dalam sebuah kenyataan
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.