Menjengah ke ruangan komen di Instagram penyanyi Datin Alyah, ada seorang individu seperti ‘rimas’ melihat posting miliknya. Melihatkan komen itu, ini respon Alyah;
“Sentiasa Dalam Hati”- Alyah
Di Instagram, Alyah menyatakan kerinduannya terhadap rakan baiknya iaitu Allahyarhamah Siti Sarah. Ujarnya, mereka sering berbual pada waktu Subuh.
“I miss U babe. Setiap kali bertemu Subuh ingatan I sangat untuk U. Sebab U selalu reply mesej I dalam waktu ni. Subuh ni I je menunggu reply mesej dari U sendirian.”
“I selalu doa untuk U. Macam mana aku tak pernah lupakan arwah Apak, arwah Abang Long, Arwah Md Nor, macam tu juga dengan kau Sarah. Korang sentiasa ada dalam hati ini. Al Fatihah”, luah Alyah.
Tambahnya, dia sangat merindui Allahyarhamah dan ahli keluarganya. Alyah berkata dia hanya mampu melepaskan rindunya dengan berdoa.
Ada Yang ‘Rimas’ Dengan Posting Allahyarhamah
Apabila Murai MY menjengah ke ruangan komen, seorang individu meninggalkan komen “tak habis lagi ke” seperti ‘rimas’ melihat posting itu. Alyah kemudiannya memberi respon;
“Dia kawan saya. Kawan sejati akan sentiasa bawa kita dalam doa dia. Begitu juga sebaliknya. Jaga diri baik-baik”, tulis penyanyi ini.
Tegas Alyah, Allahyarhamah Siti Sarah merupakan rakan baiknya. Sebagai seorang rakan, dia akan sentiasa menyelitkan nama Allahyarhamah dalam doanya.
Pesanan yang tegas dan bermakna kan? Apa-apa pun jika tiada perkara yang baik untuk komen, lebih baik diam sahaja.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.