Monday, May 23, 2022
  • HANGAT.COM
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Bollywood

Bagai Pinang Dibelah Dua, 6 Selebriti Bollywood Pilih Lelaki Asing Sebagai Pasangan

by Sofie Azizlan
August 24, 2021
Bagai Pinang Dibelah Dua, 6 Selebriti Bollywood Pilih Lelaki Asing Sebagai Pasangan

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Perbezaan budaya, agama, kaum ataupun usia bukanlah menjadi penghalang untuk selebriti Bollywood ini menyulam cinta dengan jejaka luar. Ada yang pilih untuk merahsiakan hubungan mereka, dan ada juga yang mempamerkannya.

Jom scroll dan tengok selebriti Bollywood manakah yang memilih jejaka luar sebagai pasangan hidup mereka.

Preity Zinta 

Bertemu pertama kali di Santa Monica dan bercinta secara rahsia selama lima tahun, Preity Zinta mengejutkan ramai orang apabila membuat keputusan untuk berkahwin dengan jejaka pilihannya, Gene Goodenough. Majlis perkahwinan mereka dilakukan secara tertutup di Beverly Hills, California pada 2016.

Foto – Pinterest

Celina Jaitly 

Cinta pandang pertama membuatkan Celina mengambil keputusan untuk berkahwin dengan usahawan dan pengusaha hotel yang berasal dari Austria, Peter Haag. Pasangan ini bertunang pada 2010 dan berkahwin pada 2011. Mereka dikurniakan 2 pasang kembar lelaki iaitu Winston dan Viraaj serta Arthur dan Shamser. Tetapi Shamser meninggal dunia akibat penyakit jantung.

Foto – Pinterest

Shriya Saran 

Ketika bercuti di Maldives, Shriya bertemu dengan suaminya, Andrei Koscheev yang berasal dari Rusia. Ketika itu Andrei tidak mengetahui Shriya merupakan seorang aktres. Setelah mengetahuinya, Andrei menonton kesemua filem Shriya dan membawanya bersiar-siar di St. Petersburg di mana Shriya pernah jalankan pengambaraan filem “Arjun”. Pasangan ini berkahwin dalam majlis tertutup di kediaman Shriya di Rajasthan, India pada Mac 2018.

IKLAN

Foto – Pinterest

Radhika Apte 

Berkahwinan dengan pemain bola British, Benedict Taylor sejak 2012, tetapi ramai yang tidak tahu akan perkahwinan mereka sehinggalah baru-baru ini. Pasangan ini terpaksa menjalani hubungan jarak jauh memandangkan mereka mempunyai karier masing-masing. Setiap bulan mereka akan berjumpa sama ada Radhika ke United Kingdom atau Benedict ke India.

Foto – Pinterest

Sweta Keswani  

Sebelum berkahwin kali kedua dengan peguam New York, Ken Andino pada Oktober 2012, Sweta pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Amerika, Alexx O’Neil pada 2008. Perkahwinan pertamanya itu hanya bertahan selama 4 tahun. Kini Sweta dan Ken hidup bahagia dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Foto – Pinterest

Priyanka Chopra 

Memang menjadi tumpuan seluruh dunia apabila aktres ini menerima lamaran daripada penyanyi dan aktor terkenal, Nick Jonas. Pasangan ini mengadakan majlis perkahwinan yang gilang gemilang di Istana Umaid Bhawan, Jodhpur, India. Pasangan bahagia ini menolak perbezaan usia, agama dan budaya yang menjadi penghalang dalam hubungan mereka.

Foto – Pinterest

Jadi itulah selebriti wanita Bollywood yang berkahwin dengan jejaka luar. Perbezaan agama dan usia bukanlah menjadi penghalang jika hati sudah bertaut, setuju tak?

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: celina jaitlypreity zintapriyanka chopraradhika apteshriya saransweta keswani
Share1Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

Wah! Jom Intai 5 Selebriti Bollywood Ini Yang Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Bollywood

Wah! Jom Intai 5 Selebriti Bollywood Ini Yang Menyambut Hari Raya Aidilfitri

by Aphit J.
May 1, 2022

Setiap tahun, bukan saja selebriti di Malaysia menjadi tumpuan peminat setiap kali tiba musim perayaan. Selebriti di Bollywood juga tidak...

Read more
Netizen Bangga Dan Puji Kerusi Rekaan Isteri Shah Rukh Khan Cantik
Bollywood

Netizen Bangga Dan Puji Kerusi Rekaan Isteri Shah Rukh Khan Cantik

by Mas Ayu
March 25, 2022

Siapa yang tidak kenal isteri kepada pelakon bollywood legenda Shah Rukh Khan, Gauri Khan yang merupakan seorang pereka dalaman, perabot...

Read more
5 Selebriti Bollywood Yang Pernah Membintangi Filem Hollywood
Bollywood

5 Selebriti Bollywood Yang Pernah Membintangi Filem Hollywood

by Caera
March 19, 2022

Pelakon Bollywood Ali Bhatt kini menjadi tumpuan! Filemnya yang baru dikeluarkan Gangubai Kathiawadi telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan di...

Read more
Bersemut Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Preity Zinta Untuk Suami Tercinta!
Bollywood

Bersemut Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Preity Zinta Untuk Suami Tercinta!

by Mas Ayu
March 3, 2022

Muat naik terkini pelakon bollywood kesayangan ramai, Preity Zinta menarik perhatian ramai peminat aktres ini di media sosialnya. Preity memuatnaik...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kahwin Jela Dato, Halal Nak Pegang Mana Pon” – Ini Respon Fadzil Zahari Apabila Tengok DSV Dan Lucinta Luna Bersentuhan Di Pavilion

  2. 2

    [EKSKLUSIF] “Kak Nita Pernah Luahkan Rasa Sedih Dengan…”- Bekas Pengarang Kongsi Isi Perbualan Dengan Anita Sarawak

  3. 3

    “Longgarkan Sedikit Pakaian, Kesian Dekat Abang Dan Adik Tahfiz” – Netizen Tegur Cara Berpakaian Janna Nick

  4. 4

    Zul Ariffin Kongsi Gambar Berjoging, Ini Yang Netizen Perasan Pada Gambar Tersebut

  5. 5

    ‘Lebih Kurang Sama Dengan Gambar Yang Tengah Viral” – Netizen Samakan Sambutan Hari Lahir Anak Jep Dengan Menteri

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: [email protected]

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2021 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera